|
"Kalau saya tahu awal, saya rasa saya takkan berada di posisi yang sama," kata pelakon, pengarah filem dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki berkenaan bantahannya terhadap penutupan Kelab Komedi Crackhouse yang mencetuskan kemarahan ramai.
Afdlin yang tampil secara langsung dalam program The Amin Idris Show di Facebook malam tadi berkata, dia pernah dua kali masuk ke Crackhouse dan mendapati tiada konten yang keterlaluan ketika berada di situ. "Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan. "Memang tiada konten-konten yang teruk dan menghina. Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkohol.
"Crackhouse dibuka terlebih dulu dari saya. Itu tempat pelajar-pelajar buat komedi dan bisnes komedi bukan mudah. Ia tempat adik-adik yang cari rezeki," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064173 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.