CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 1

Afdlin Shauki Disangka Pemilik Kelab Komedi Viral- "Saya Tiada Share Satu Sen Pun"

[Copy link]
Post time 14-7-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode
"Kalau saya tahu awal, saya rasa saya takkan berada di posisi yang sama," kata pelakon, pengarah filem dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki berkenaan bantahannya terhadap penutupan Kelab Komedi Crackhouse yang mencetuskan kemarahan ramai.


Afdlin yang tampil secara langsung dalam program The Amin Idris Show di Facebook malam tadi berkata, dia pernah dua kali masuk ke Crackhouse dan mendapati tiada konten yang keterlaluan ketika berada di situ.


Foto: IG




"Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan.


"Memang tiada konten-konten yang teruk dan menghina. Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkohol.


"Crackhouse dibuka terlebih dulu dari saya. Itu tempat pelajar-pelajar buat komedi dan bisnes komedi bukan mudah. Ia tempat adik-adik yang cari rezeki," katanya.




  



Afdlin turut menjawab pertanyaan Amin bahawa dia tidak mempunyai sebarang kepentingan atau 'share' dalam kelab komedi ini seperti sangkaan ramai.


"Saya tiada share satu sen dalam kelab ini. Pendirian saya sebagai NGO, nasib adik-adik yang cari rezeki ini bagaimana? Saya tak buat show pun kat situ.


"Saya memandang mengenai periuk nasi orang lain. Tak semestinya mengenai industri komedi sahaja. Kalau ada orang susah yang perlukan bantuan, saya akan bantu," katanya.




  



Amin seterusnya bertanyakan soalan berkenaan Rizal Van Geyzel yang kerap mencetus isu perkauman dalam persembahannya dan Afdlin bersetuju agar diambil tindakan.


"Jika mereka salah humban dalam jel. Saya tak tahu menahu tentang konten dia. Dia pernah dulu bekerja dengan saya semasa zaman program A Ha!


"Masa itu dia baru bermula. Tapi saya tak tahu bila masa dia buka kelab ini. Saya cakap satu benda sahaja. Kepada pelawak-pelawak, kau buat, kau berani tanggung.




  



"Jadi kalau didapati salah, ambil tindakan. Kalau tak salah, terserah pada mahkamah.


"ada saya apabila saya dapat informasi, saya rasa tak adil dikata tempat itu orang menghina Islam. Yang ditonjolkan satu dua sahaja. Yang beratus lagi konten yang baik bagaimana?," katanya.  -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 12:47 PM | Show all posts
Saya putar Afdlin!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.203577 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list