CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beto Kusyairy Lebih Layak Bawa Watak Mat Kilau, Adi Putra Tak Tersinggung

14-7-2022 11:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10784| Komen: 120|Original author: Tatod


Meski pun bertebaran komen yang mengatakan aktor Beto Kusyairy lebih layak melakonkan watak Mat Kilau, pemeran utama naskhah tersebut, Adi Putra bagaimanapun tidak terasa hati dengan pendapat yang dikemukakan oleh warga maya.

Memetik laporan Getaran, pelakon dan usahawan itu menganggap peluang menjayakan watak utama dalam naskhah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan adalah rezeki yang diberikan Allah kepada dirinya.

"Saya memang rasa Beto sebagai seorang pelakon yang berbakat dan serba boleh. Jadi, tak ada masalah sekiranya dia yang membawakan watak Mat Kilau. Cuma mungkin sudah tertulis kali ini rezeki saya membawakan watak itu.



"Watak Mat Kilau terbatas kerana ia perlu selari dengan apa yang dicatatkan dalam sejarah. Inilah cabaran pelakon kerana mereka perlu menyampaikan watak itu sesuai dengan kemampuan mereka.

"Sukar sebenarnya untuk meyakinkan mata dan jiwa penonton terhadap watak yang kita bawakan. Saya rasa, kalau Beto yang bawakan watak ini, dia pun akan berhadapan kesukaran yang sama," katanya.

Jelas Adi, perbandingan tersebut hanyalah sekadar reaksi dan pandangan yang dilontarkan penonton.


Bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah masyarakat harus tetap menyokong pelakon berbakat agar kehadiran mereka dalam industri akan tetap diingati.

"Antara saya dan Beto, tidak ada sesiapa yang rasa siapa lebih layak membawakan watak ini. Itu adalah perbandingan yang dibuat oleh masyarakat.

"Bagi saya, mana-mana pelakon serba boleh harus diketengahkan agar selalu diangkat masyarakat. Maklumlah, kita pun bersilih ganti dengan pelakon baharu yang sedia ada.

"Apa pun, Beto hebat. Itu yang boleh saya katakan," katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PintuKayu 14-7-2022 11:47 AM
Raut wajah adi putra lagi sesuai jadi mat kilau.. nampak aura pahlawan..
Quote acikbajuhijau 14-7-2022 12:15 PM
sesuai atau tak, masing masing dah mainkan peranan masing masing. so?
Quote Kurex 14-7-2022 12:32 PM
Bila beto nak lepaskan burung?
Quote buragazz 14-7-2022 01:55 PM
Tak kena klu Beto... dia ada sisi kelembutan... Adi lebih seswai...
Quote miamiot 14-7-2022 02:04 PM
Pilihan pengarah mmg Adi Putra & dia deliver watak MK tu . 2nd choice pengarah watak MK adalah Remy... Wahid mmg utk Beto , ada rasa ...ummmmmph penghayatan deep
Quote jijilaaa 14-7-2022 02:30 PM
yak g tgk mat kilau pun sbb beto lah. biarlah dia jadi wahid. kalau tak melepas la ak nak nengok dia punya level of sweetness tu. rokiahhhh abg datang!!!!
Quote Minyakyuyi 14-7-2022 02:34 PM
miamiot replied at 14-7-2022 02:04 PM
Pilihan pengarah mmg Adi Putra & dia deliver watak MK tu . 2nd choice pengarah watak MK adalah Remy. ...

Nasib la tok adi ambk job ni .. klu bam Remy iols xp tgk haha
Quote tomiko_haza 14-7-2022 02:34 PM
yihhh haza suka je adi jd mat kilau, ada aura sebagai pahlawan dan pemimpim..tp semua pelakon2 dlm MK mmg best..
Quote honeybee1802 14-7-2022 02:45 PM
Minyakyuyi replied at 14-7-2022 02:34 PM
Nasib la tok adi ambk job ni .. klu bam Remy iols xp tgk haha

Isk..giler ke haper nak bg ke tok adi...mat kilau time tu dlm baya 20-30an....clifford pun rs baya2 tu...
Quote aammyy 14-7-2022 02:49 PM
I baru je tengok era.fm post beto tgh skrip reading pastu dicucuknya azhan rani, melatah terus dia. Agaknya macam mana dia melawan latah tu di set MK
Quote tootii 14-7-2022 02:55 PM
bagi aku adiputa mmg layak pegang watak MK ni .. Bkn maksud aku Beto tak bagus tp aku rasa aura dan karisma adiputra lagi besar utk watak MK ni .. and Beto sbg 2nd man dlm MK ni memadai .. watak dia pun bkn calang2 watak .. tp ye la kan .. lain org lain pendangannya ..
apa2 pun dua2 ni mmg pelakon yg hebat .. sangat hebat !
Quote Madel 14-7-2022 03:00 PM
Masing2 dah sesuai dgn watak2 yg diberi
AdiPutra as Mat Kilau
Fattah Amin as Awang
Beto as Wahid

Yang tak sesuai si Johan as Yassin tu aje, muka mintak penyepak
Naseb baik la mati
Quote sweetgirl 14-7-2022 03:14 PM
Madel replied at 14-7-2022 03:00 PM
Masing2 dah sesuai dgn watak2 yg diberi
AdiPutra as Mat Kilau
Fattah Amin as Awang

hahahaha kan... muka johan ade satu babak sedih tu tp satu panggung gelak
sbb dia punya muka sedih tu mcm over bebenor nengoknyer
x jd nak sedih
jd kelako pulak

Quote stingerbumpy 14-7-2022 03:18 PM
Kematangan dlm handling question yg cuba nak melaga lagakheun...

Cuba kalau soklan jenis macam ini dilontarkheun pada sikayu...mau dia kejong...mintak bini nya tolong jawabkhen....kayu maaaaa


Kahkahkahkah
Quote NBM 14-7-2022 03:20 PM
adi putra tu jadi attraction filem tu, Beto is awesome dia mmg menjiwai watak. apa2 pun Mat Kilau mmg wow
Quote stingerbumpy 14-7-2022 03:20 PM
Madel replied at 14-7-2022 03:00 PM
Masing2 dah sesuai dgn watak2 yg diberi
AdiPutra as Mat Kilau
Fattah Amin as Awang

Watak awang beri pada Lan Pet Pet pun takda masalah....setakat gunakheun stunt double utk watak watak silat dan bow and arrownya...kacang ler...

Quote stingerbumpy 14-7-2022 03:21 PM
NBM replied at 14-7-2022 03:20 PM
adi putra tu jadi attraction filem tu, Beto is awesome dia mmg menjiwai watak. apa2 pun Mat Kilau mm ...

SiKayu kenapa ko tak sebut?

HUH......

Kahkahkahkah
Quote stingerbumpy 14-7-2022 03:23 PM
Minyakyuyi replied at 14-7-2022 02:34 PM
Nasib la tok adi ambk job ni .. klu bam Remy iols xp tgk haha

Kalau sikayu punya watak diganti dgn Lan Pet Pet...ko masih nak nonton keeww?
Quote zamzam 14-7-2022 03:25 PM
Semoga SY ambil Remy untuk MK 2.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.699556 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top