CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahir Tak Nak Tayang Kekasih, Belum Ada Ikatan Sahih

14-7-2022 11:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2012| Komen: 8|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 8, Shahir Zawawi enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya menakluk hatinya ketika ini.

Menerusi laporan Gempak, walaupun diajukan dengan sekeping gambar wanita yang didakwa sebagai kekasihnya, jejaka berusia 33 tahun itu tetap saja dengan pendiriannya untuk mengunci mulut.


"Kita masih lagi dalam proses, belum ada ikatan. Ye lah, bertunang pun belum lagi jadi kita tak mahu menguar-uarkan sesuatu perkara yang belum sahih.

"Jadi, saya ambil pendekatan untuk tunggu bila masa yang sesuai untuk berkongsi perkara tersebut," katanya.

Katanya, pengalaman cinta lalu yang putus di tengah jalan membuatkan dia lebih berhati-hati apabila membabitkan hal jodoh.


"Saya dah ada pengalaman sebelum ini, orang gembar-gemburkan jadi kita tak mahu perkara yang sama berulang. Jadi, tunggu bila dah betul-betul sah nanti.

"Saya selalu berdoa kepada Allah, kalau betul sesiapa sahaja adalah jodoh saya, permudahilah.

"Alhamdulillah, perkenalan saya dengan dia semuanya dipermudah. Persiapan perkahwinan tu pun kita dah mulakan dan setakat ini nampak semuanya berjalan lancar," katanya.


Pemilik nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi sebelum ini pernah bercinta dengan aktres, Erra Fazira namun terputus di tengah jalan dan masing-masing membawa haluan diri. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 14-7-2022 11:18 AM
bru 33 - pasal pe nampak tua dan busuk nau sohirrr oi
Quote laksmanabentan 14-7-2022 11:44 AM
encikWawad replied at 14-7-2022 11:18 AM
bru 33 - pasal pe nampak tua dan busuk nau sohirrr oi

nampak macam busuk dan kepam kannn...takde perawatan, tak jaga penampilan..

padahal masih muda kot... jadi artis kena lah invest dalam hal2 tu kan...

Quote encikWawad 14-7-2022 12:56 PM
laksmanabentan replied at 14-7-2022 11:44 AM
nampak macam busuk dan kepam kannn...takde perawatan, tak jaga penampilan..

padahal masih muda ko ...

khenn masa ngan cheta dulu
helok terletak sohir ni
gamaknya cheta mai sental dia siapkan sohir ni
head to toe.
ngan ratu pejira sohir dah start kepamz dan gendutz

hurm he ni "momi issue" gamaknya jenis yang nak kena taken care off 24/7
hence suka kow-gerl *mak jah
Quote Lavender_Violet 14-7-2022 02:25 PM
Knp heols nmpk tua????
Dah tak sehensem diawal2 kemunculan heols dulu
Quote Carcosa 14-7-2022 06:04 PM
Busokkkkkkk berkarah kau ni.
Pegi antar sental dkt carwash yg auto tu lah!
Quote Perawankota 15-7-2022 03:22 AM
Tetap sendu
Quote selipar_hijau 15-7-2022 08:28 AM
dah mcm pompuan pulak nampak
Quote tipah89 15-7-2022 11:31 AM
kepam sekepam2nya mamat ni now

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.077282 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top