CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamani Belum Ambil RM100 Ribu Untuk Pembedahan, Sibuk Menyanyi Tapi Keadaan Dah Makin Teruk

13-7-2022 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2639| Komen: 17

Pengurus Zamani Slam, Aalan Ahmad memaklumkan penyanyi terbabit belum mengambil wang berjumlah lebih RM100,000 sumbangan peminat yang disalurkan menerusi dana bantuan diwujudkan oleh Datuk Aznil Nawawi bagi membiayai pembedahan tulang belakangnya.


Aalan berkata, Zamani mahu menunggu terlebih dahulu kerana mahu membuka akaun berasingan agar tidak mahu mencampurkan dengan wangnya yang lain.

Foto: IG

"Dia sedang tunggu proses itu sahaja. Dari segi rawatan pula, dua minggu ini kami memang sibuk berulang alik ke hospital untuk urusan selanjutnya.

"Zamani dah buat blood test, full medical check up, Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) dan ujian Sinar X. Semuanya dah lengkap..


"Tinggal lagi nak buat perbincangan lanjut dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur. Kita ada dua tempat samada di HKL atau Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)," katanya kepada Harian Metro.



Menurutnya, mereka belum menetapkan akan melakukan pembedahan di mana kerana sedang menyiapkan laporan perubatan terlebih dahulu.

"Kemudian kita akan pilih hospital mana yang sesuai. Che Puan Sarimah Ibrahim pun ada hubungi kami minta pergi ke tempat kawannya iaitu ALTY Orthopaedic Hospital.

"Semuanya dalam penilaian kerana kita tak tahu sama ada nak buat di hospital kerajaan atau swasta. Kalau kerajaan mungkin kena tunggu giliran tapi kosnya taklah besar, manakala swasta pula mungkin mahal.



"Dalam masa sama, jadual Zamani pula penuh sampai awal Disember. Deposit pun dah ambil jadi dia kenalah menyanyi. Kalau nak buat pun dalam Januari tapi kenalah secepat mungkin kerana keadaannya makin teruk. Aalan berkata, Zamani masih lagi menyanyi seperti biasa kerana sudah lama bersetuju dan mengambil deposit.

"Itu pun periuk nasinya dan dia kena ambil. Takkanlah dia nak stop macam itu sahaja. Cuma sebelum pembedahan, kami rancang nak anjurkan konsert khas iaitu Zamani & Friends di Kuala Lumpur dan Johor Bahru," katanya.




Terdahulu Zamani mengakui mengalami sakit selama 24 jam membabitkan perut dan bahagian belakang akibat penyakit tulang belakang atau Skoliosis.

Pembedahan terpaksa dilakukan memandangkan rawatan serta ubatan tradisional sudah tidak lagi memberikan kesan kepada dirinya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 13-7-2022 11:19 AM
Awa januari? Setengah tahun lagi tu. Patutnya operate dulu la lama tu setengah tahun. Tapi memang la kalau lepas operate kena rehat dulu sementara sembuh
Quote mizruncing 13-7-2022 11:23 AM
aku plak rasa sakit tgk gaya dia mcm tu
Quote stingergrumpy 13-7-2022 11:36 AM
doubleA replied at 13-7-2022 11:19 AM
Awa januari? Setengah tahun lagi tu. Patutnya operate dulu la lama tu setengah tahun. Tapi memang la ...

The risk of doing spinal surgery......you cant even sing again forever.....you think he is ready for that?

Quote mamaneesa 13-7-2022 11:37 AM
huhu...kesiannya 24jam sakit. so depends dgn ubat tahan sakit je ke tu? kuat betul zamani still buat show dlm sakit2 tu
Quote mesmerize 13-7-2022 12:27 PM
aduh sakitnya.. mesti dah bagi tekanan kat organ dalaman dia.. kena cepat2 rawat tu bang oi.
Quote Nenolen 13-7-2022 03:52 PM
Sora abam Zamani masih sedap dan merdu...
Kenapa kaka risau pulak dia nak pi operate...takut pulak rasa kalau-kalau...ohhh tidakkk...kita doakan yg baik-baik shj...
Quote nakkomenjugak 13-7-2022 04:27 PM
moga yang baik2 untuk acik zamani
muda lagi tu haaa
baya2 mak iol
Quote jijilaaa 13-7-2022 04:34 PM
dulu masa belum teruk dia pernah ckp dia takut utk buat surgery tu..thats y dia tak buat even doc encourage dia utk proceed.
Quote laksmanabentan 13-7-2022 04:47 PM
mesmerize replied at 13-7-2022 12:27 PM
aduh sakitnya.. mesti dah bagi tekanan kat organ dalaman dia.. kena cepat2 rawat tu bang oi.

ngeri kan uoollsss...
eee... tak sanggup tengokk....
Quote supernaturalee 13-7-2022 05:01 PM
berapa persen blh tegak balik lps operate


Quote mawarkhayalan99 13-7-2022 05:10 PM
sian nya heols dah senget sangat dah tu nampaknya
Quote dekmieDandy 13-7-2022 05:13 PM
mungkin nak kumpul duit dulu kot, at least ada duit belanja setahun ke lepas operate

sebab tak boleh ambil job dah
Quote ilacantik 13-7-2022 05:30 PM
Tak silap bulan depan ada  concert kat singapore. Mungkin nak kumpul duit dulu kot utk sustain hidup lepas operation nanti. Meols nak pergi concert tapi nanti tengok abg zamani terbongkok2, meols nangis canner? Semoga keadaan heols akan bertambah baik kalau tak 100% pun.
Quote Cokoro 13-7-2022 05:43 PM
moga baik2 sahaja utk zamani
Quote Fettybombom 13-7-2022 09:16 PM
Semoga kesihatan zamanI makin baik slpas dpt rawatan
Quote .HannahMontana. 13-7-2022 10:04 PM
dadah membawa padah
Quote imanjannah 16-7-2022 09:26 AM
siannya tgok sampai jadi gitu ye

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057923 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top