View: 2189|Reply: 17
|
Zamani Belum Ambil RM100 Ribu Untuk Pembedahan, Sibuk Menyanyi Tapi Keadaan Dah Makin Teruk
[Copy link]
|
|
Pengurus Zamani Slam, Aalan Ahmad memaklumkan penyanyi terbabit belum mengambil wang berjumlah lebih RM100,000 sumbangan peminat yang disalurkan menerusi dana bantuan diwujudkan oleh Datuk Aznil Nawawi bagi membiayai pembedahan tulang belakangnya.
Aalan berkata, Zamani mahu menunggu terlebih dahulu kerana mahu membuka akaun berasingan agar tidak mahu mencampurkan dengan wangnya yang lain.
Foto: IG
"Dia sedang tunggu proses itu sahaja. Dari segi rawatan pula, dua minggu ini kami memang sibuk berulang alik ke hospital untuk urusan selanjutnya.
"Zamani dah buat blood test, full medical check up, Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) dan ujian Sinar X. Semuanya dah lengkap..
"Tinggal lagi nak buat perbincangan lanjut dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur. Kita ada dua tempat samada di HKL atau Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, mereka belum menetapkan akan melakukan pembedahan di mana kerana sedang menyiapkan laporan perubatan terlebih dahulu.
"Kemudian kita akan pilih hospital mana yang sesuai. Che Puan Sarimah Ibrahim pun ada hubungi kami minta pergi ke tempat kawannya iaitu ALTY Orthopaedic Hospital.
"Semuanya dalam penilaian kerana kita tak tahu sama ada nak buat di hospital kerajaan atau swasta. Kalau kerajaan mungkin kena tunggu giliran tapi kosnya taklah besar, manakala swasta pula mungkin mahal.
"Dalam masa sama, jadual Zamani pula penuh sampai awal Disember. Deposit pun dah ambil jadi dia kenalah menyanyi. Kalau nak buat pun dalam Januari tapi kenalah secepat mungkin kerana keadaannya makin teruk. Aalan berkata, Zamani masih lagi menyanyi seperti biasa kerana sudah lama bersetuju dan mengambil deposit.
"Itu pun periuk nasinya dan dia kena ambil. Takkanlah dia nak stop macam itu sahaja. Cuma sebelum pembedahan, kami rancang nak anjurkan konsert khas iaitu Zamani & Friends di Kuala Lumpur dan Johor Bahru," katanya.
Terdahulu Zamani mengakui mengalami sakit selama 24 jam membabitkan perut dan bahagian belakang akibat penyakit tulang belakang atau Skoliosis.
Pembedahan terpaksa dilakukan memandangkan rawatan serta ubatan tradisional sudah tidak lagi memberikan kesan kepada dirinya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Awa januari? Setengah tahun lagi tu. Patutnya operate dulu la lama tu setengah tahun. Tapi memang la kalau lepas operate kena rehat dulu sementara sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak rasa sakit tgk gaya dia mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 13-7-2022 11:19 AM
Awa januari? Setengah tahun lagi tu. Patutnya operate dulu la lama tu setengah tahun. Tapi memang la ...
The risk of doing spinal surgery......you cant even sing again forever.....you think he is ready for that?
|
|
|
|
|
|
|
|
huhu...kesiannya 24jam sakit. so depends dgn ubat tahan sakit je ke tu? kuat betul zamani still buat show dlm sakit2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
aduh sakitnya.. mesti dah bagi tekanan kat organ dalaman dia.. kena cepat2 rawat tu bang oi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sora abam Zamani masih sedap dan merdu...
Kenapa kaka risau pulak dia nak pi operate...takut pulak rasa kalau-kalau...ohhh tidakkk...kita doakan yg baik-baik shj... |
|
|
|
|
|
|
|
moga yang baik2 untuk acik zamani
muda lagi tu haaa
baya2 mak iol |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa belum teruk dia pernah ckp dia takut utk buat surgery tu..thats y dia tak buat even doc encourage dia utk proceed. |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri kan uoollsss...
eee... tak sanggup tengokk....
|
|
|
|
|
|
|
|
berapa persen blh tegak balik lps operate
|
|
|
|
|
|
|
|
sian nya heols dah senget sangat dah tu nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin nak kumpul duit dulu kot, at least ada duit belanja setahun ke lepas operate
sebab tak boleh ambil job dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap bulan depan ada concert kat singapore. Mungkin nak kumpul duit dulu kot utk sustain hidup lepas operation nanti. Meols nak pergi concert tapi nanti tengok abg zamani terbongkok2, meols nangis canner? Semoga keadaan heols akan bertambah baik kalau tak 100% pun. |
|
|
|
|
|
|
|
moga baik2 sahaja utk zamani |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kesihatan zamanI makin baik slpas dpt rawatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|