CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Rasa Tak Ada Duit, Sam Bunkface Jual Biskut Sara Hidup Anak Bini

13-7-2022 11:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4690| Komen: 29|Original author: Tatod

Sumber IG


Vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau lebih mesra disapa sebagai Sam mendedahkan pernah berada dalam keadaan mencabar ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyanyi yang juga abang kepada pelakon, Siti Saleha itu menganggap tempoh tersebut sebagai situasi terendah kehidupannya kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lain tambahan pula anak keduanya baru sahaja dilahirkan.


"Itu fasa paling rendah dalam hidup saya. Bayangkan industri lumpuh waktu itu. Anak saya baru lahir.

"Kawan-kawan datang dekat saya cakap saya ini gila ke? Macam mana saya nak bagi makan isteri dan anak? Tapi, alhamdulillah selamat saja semuanya. Cukup saja semuanya.

"Ketika itu, saya buat macam-macam untuk bertahan. Saya jadi ejen jual biskut selama tiga bulan. Belajar berniaga, adakan mesyuarat. Cuma itulah, ia tak dipermudah. Pusing ke arah mana pun akan kembali kepada muzik juga," katanya dalam sesi temu bual bersama Getaran.


Keadaan Sam yang pada ketika itu serba tidak mampu, ada suara-suara yang meminta agar mereka menutup sahaja studio dan berhenti bermain muzik waluapun itu satu-satunya minat mereka.

"Kawan-kawan saya ada cakap, sikit hati nanti bungkus juga studio kami ini. Tapi, saya percaya, Tuhan tak akan biar kami terkontang-kanting. Muzik adalah satu-satunya benda yang saya boleh buat. Dia bawa saya kembali kepada muzik.

"Bukan itu sahaja, saya akui sebagai penulis, saya memang boleh menulis lirik lebih baik ketika dalam keadaan susah. Dulu saya pernah berada dalam fasa lebih kurang begini hingga lahirnya lagu Situasi.


"Saya katakan kepada Bunkface yang kita kena jadi macam muda dulu. Waktu muda kita bodoh tapi kita jalan saja. Sekarang dah tua kononnya pandai semua benda. Tapi entah kenapa semuanya menjadi halangan. Lebih baik jalan sahaja kerana Allah akan bagi rezeki," katanya.

Dalam perkembangan baharu, Bunkface bakal tampil dengan konsert 15 tahun mereka bergelar anak seni dalam Konsert Bunkface! 15 Years Of Korang pada 30 dan 31 Julai bertempat di Zepp KL. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 13-7-2022 01:13 PM
Morale of the story, kena beringat sebelum habis..
Quote KamikuP 13-7-2022 02:28 PM
Ikut mcm pesan arwah Tok Pah pada Shiza Zikir, 50% daripada hasil show simpan utk kegunaan masa hadapan. Ngertikk?
Quote Cokoro 13-7-2022 02:32 PM
"Lebih baik jalan sahaja kerana Allah akan bagi rezeki"

Ye betul
Quote Prickford 13-7-2022 02:37 PM
Bila kau pikir nak glamerrrr je. Simpan duit tu oiii... Toksah nak flex2 bagai. korang bukan ada gaji tetap/pencen/EPF pon. Benda simple pon nak kena ajar. Lepas tu dok meratib kat sosmed cakap susahhh susahhhh...
Quote fealefea 13-7-2022 03:39 PM
lagu raya moden diorg je boleh terima.
Quote nakkomenjugak 13-7-2022 04:28 PM
Moga beringat lepas ni
Quote Nenasketum 13-7-2022 04:56 PM
Kiut bebenor ko tu pun. Acik approve!!
Quote mendeluk 13-7-2022 06:03 PM
Dia ni handsome tapi takde duit. Ye lar keja pelakon, penyanyi mana ada duit sgt. Unless you all penerbit, pengarah. Dia ni abg sally kn?
Quote naisyahmh 13-7-2022 06:11 PM
Semoga Allah luaskan rezeki semua anggota bunkface.. Amin YRA.. Saya personally x Suka artis kesayangan kesayangan saya susah.. Kerana mereka ada di sisi sy menghiburkan saya ketika saya sedih, kecewa, putus asa  melalui muzik mereka..
Quote mizruncing 15-7-2022 11:51 AM
masing2 tak beringat gitu laaa. bila senang semua lupa diri nak buat saving
Quote ibugarang 15-7-2022 12:09 PM
fealefea replied at 13-7-2022 03:39 PM
lagu raya moden diorg je boleh terima.

Betoi lagu raya deme jea yg bole diapprove untuk yg baru2.
Quote jalfa 15-7-2022 01:22 PM
Retis ni masyukk ooo.suam suam kuku paling busuk 5k..sbb tu ramai berebut jd retis
Quote awanearisu 15-7-2022 01:37 PM
Royalti dari Spotify dan aplikasi penstriman musik dan video yang lain ada sahaja. Cuma barangkali tidak sebanyak yang diharapkan.
Quote agongbaba 28-7-2022 03:17 PM
Artis - artis lama banyak yang bukak YT kan sekarang.
Quote tgoku 28-7-2022 03:34 PM
Nampaknya isu living cost ni semua golongan terasa ye. Rasa kurang senang pulak.
Quote santariny 28-7-2022 03:37 PM
tgoku replied at 28-7-2022 03:34 PM
Nampaknya isu living cost ni semua golongan terasa ye. Rasa kurang senang pulak.

Akak yang M40 ni pun dah macam - macam kena reconsider. Nasib pandai jimat pakai Boost App.
Quote milooaiss 28-7-2022 03:40 PM
santariny replied at 28-7-2022 03:37 PM
Akak yang M40 ni pun dah macam - macam kena reconsider. Nasib pandai jimat pakai Boost App.

Macam tipu je jimat pakai ewallet. Not so much pun kan?


Quote santariny 28-7-2022 03:42 PM
milooaiss replied at 28-7-2022 03:40 PM
Macam tipu je jimat pakai ewallet. Not so much pun kan?

Awak kena try dulu dik. Baru tau akak dah redeem brp byk cashback wallet. Terlebih lagi diorang bagi RM5 free cashback sebab akak trf duit ke boost husband tadi. akak pn terkejut
Quote tgoku 28-7-2022 03:44 PM
santariny replied at 28-7-2022 03:42 PM
Awak kena try dulu dik. Baru tau akak dah redeem brp byk cashback wallet. Terlebih lagi diorang ba ...

Semua orang dapat ke cashback tu? Jarang - jarang nak bagi free.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048514 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top