Kisah bayi berusia empat tahun terbabit kemalangan jalan raya pada Isnin ternyata meruntun hati pengguna media sosial.
Dalam perkongsian di Instagram, ibu kepada bayi tersebut, Natasya Nadia Dahlan, 30, merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan. Ketika dihubungi mStar, Natasya berkata ketika kejadian dia bersama suami Aiman Nazim Jamaluddin, 30, adik lelaki Mohd Shafiq Iman, 20, serta anak tunggalnya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Putrajaya.
Lebih pilu katanya, pada masa itu dia sedang menyusukan bayinya sebelum kereta yang dinaiki dirempuh secara tiba-tiba BMW berkenaan. "Kami berangkat dari rumah mentua di Meru, Ipoh nak ke Teluk Intan untuk ambil adik saya di kolej komuniti. Kami keluar tol Sungkai nak balik ke Putrajaya. Masa kejadian saya sedang menyusukan bayi. "Awalnya kami berada di belakang BMW tu. Apabila jalan sesak, dia masuk ke laluan kiri. Saya cakap kat suami, kereta ni duk mencilok, bawa pun agak melulu. "Saya nampak kereta tu nak masuk dari lane paling kiri ke kanan. Kami pula di fast lane. Oleh kerana tak lepas nak mencilok, dia menghimpit kami sebab tak muat nak ke depan. "Kemudian tiba-tiba je suami brek mengejut dan saya nampak asap. Saya, adik dan anak tercampak keluar. Suami je ada dalam kereta. Ada saksi nampak kereta BMW tu perlahankan kenderaan lepas kemalangan, kemudian dia exit tol Behrang," imbasnya. Menurut Tasya, selain anaknya yang kini bertarung nyawa di hospital, dia turut patah kaki kiri dan mengalami lebam di bahagian rusuk. Adiknya pula sekadar cedera ringan manakala suaminya bakal menjalani pembedahan gara-gara cedera dalam kemalangan berkenaan. "Anak saya ditidurkan di NICU (Unit Rawatan Rapi Bayi) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sejak semalam. Kemungkinan doktor nak bedah kaki, tapi doktor kesan ada pendarahan di kepala. "Saya dengan adik dah balik ke rumah, suami pula masih di hospital untuk bedah tangan. Kulit tangan dia tersiat dalam kejadian tu," ujarnya lagi. Ketika temubual dengan mStar, Tasya turut meluahkan rasa terkilan atas sikap tidak bertanggungjawab pemandu BMW tersebut dan berharap dia akan menerima balasan setimpal. "Mungkin pemandu tu tak tahu ada bayi dalam kereta kami. Tapi sekurang-kurangnya bertimbang rasa la. Kalau saya dengan suami je tak apa, tapi bayi kami pun kena. Ini bayi pertama kami. "Sepatutnya dia berhenti tanya dulu. Saya terkilan sebab dia tak berhenti langsung. Bapa mentua saya akan buat laporan polis hari ni. Saya harap pemandu tu akan rasa apa yang saya rasa dan dapat balasan atas perbuatannya," ujar Tasya. Kisah Tasya meraih perhatian ramai selepas beberapa selebriti seperti Anzalna Nasir, Elisya Sandha, Aliff Satar, Catriona Ross, Elvina Moahamad, Mira Filzah dan Fizo Omar tampil memberikan sokongan buatnya di media sosial. Orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan kes berkenaan boleh menghubungi Tasya di talian 016-4070559. Sumber: mStar
|
Suchi replied at 12-7-2022 04:07 PM
Semoga baby cepat sembuh, ada byk persoalan yg bermain di pikiran namun kutahan demi menjaga sosial ...
Suchi replied at 12-7-2022 04:07 PM
Semoga baby cepat sembuh, ada byk persoalan yg bermain di pikiran namun kutahan demi menjaga sosial ...
Thunderclouds replied at 12-7-2022 04:20 PM
Kalo khinzir tu exit tol behrang mohon pihak plus carik cctv according to date & time kejadian. Repo ...
guesswho09 replied at 12-7-2022 04:25 PM
Mesti mak tak pakai seat belt & anak tak duduk
dlm car seat
sebab tu tercampak keluar kedua2nya
Skuau replied at 12-7-2022 04:30 PM
x pakai selt belt & ank tak duduk dlm car seat VS BMW yg cilok tak lepas.....forumer Cari...tgh tudi ...
ADVERTISEMENT