CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Rengsa Netizen Komen Aaisyah Masih Kecil Dah Pandai Melaram

12-7-2022 05:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2181| Komen: 14|Original author: Tatod

Sumber IG


Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa tidak selesa dengan komen segelintir netizen mempertikaikan minat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang masih kecil tetapi gemar melaram dan bersolek.

Che Ta menerusi Instagram berkata, apa yang dilakukan anaknya itu adalah minat peribadinya dan tidak perlu dijadikan isu besar.


"Tolong dengar, hampa tak nak siapkan anak itu masalah hampa. Anak saya memang suka bersiap. Takkanlah dia nak melaram kami nak larang. Contoh anak hampa suka melukis, takkan hampa nak marah mereka melukis.

"Anak saya memang suka pakai mekap dan suka melaram. Nanti kalau marah, dia menangis. Satu kerja pula nak kena pujuk," katanya dalam satu hantaran di media sosial.


Katanya lagi, kebanyakan yang menulis komen mencari salah dirinya dalam mendidikan anak adalah pengguna akaun palsu.

"Yang komen semua guna akaun palsu. Sekali libas guna bulu mata saya yang setebal 7 petala langit ini baru hampa tahu.

"Kalau tak letup, hampa kata tak pandai jaga anak. Kalau cantik, hampa kata kesian zaman budak-budak sekarang itulah inilah.

"Macam hampa dulu kecil-kecil suka mandi sungai, mak ayah larang pun hampa pergi terjun sungai. Begitulah anak saya.


"Jaga anak hampa sendiri. Sibuk jaga anak orang sampai anak sendiri kelaparan. Hampa nak Aaisyah tinggal dalam gua ke?" katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 12-7-2022 05:54 PM
Aiol yg 31 thun ni mekap pun x reti & x minat nk pkai.
Quote msdummy.2018 12-7-2022 06:11 PM
Ank dia uolsss..biarloh..korang ni busy body now...ada sekali jer time dia kecik pkikan bikini kan? Yg tuh wajarlah nk kena kecam
Quote Belibis 12-7-2022 07:19 PM
Seb baik muka ikut laki..terus jadi gred musang king..kalau tak,level durian kampung jugak.
Quote nolya 12-7-2022 08:28 PM
Tak heranlah bila Aaisyah suka bersolek dn melaram kerana sejak kecil dia sudah didedahkan dn diasuh begitu. Lagi kecik sudah dilentur dn dididik begitu, so begitulah dia seadanya. Nak kata ape, dh memang emaknya nak anak dia begitu, walaupun kita kata Aaisyah belum masanya untuk melaram melulu.
Quote OyaTonggek 12-7-2022 08:31 PM
kesian budak...tua sebelum usia
Quote nakkomenjugak 12-7-2022 09:21 PM
Hahahaha nengok mak lerrr...
Quote putericahaya999 12-7-2022 09:35 PM
Saya suka melihat budak cantik.... cheta groom anak jd cantik... anak biasa tgk mak cantik

Anak i yg tgk mak sememehpun reti nak bersiap elok
Quote miss_perfect 12-7-2022 09:47 PM
Anak laki cheta pandai kan? Harap aisyah pun pandai gak dalam pelajaran di samping pandai melaram.
Quote cikatilia 13-7-2022 09:34 AM
hampa = hangpa???

eh eh bodo
Quote Prickford 13-7-2022 09:40 AM
Anak2 dia macam ada DNA Mr. Bean jurrr...
Quote Imkhai 13-7-2022 09:49 AM
Edited by Imkhai at 13-7-2022 09:51 AM

Ank dia cntik suka melaram korang bising tua blm waktu la ape la ank tokti selekeh korang bising jgk ank pnyanyi brnombor ank jutawan tp selekeh nk mampus pening kdng2 dgn nitezen mlysia ni semua bnda ada je x btl dkt mata korang kn mcm la ape yg diaorg bt kt anak mereka guna duit korang yg ada 1sen dlm acc tu
Quote yum3 13-7-2022 10:20 AM
laa netizen ni ..jgn le hampa dok marah kat CTa. Sah2 dari kecil Ecahn ni tgok mak dia mekap. Kuah kalau tak tumpah ke nasi. Nak tumpah ke mana lagi . Aku ni pn sama. dri kecil anak dok tgok aku suka mekap. Ni dah dah remaja, mekap kalah aku, mak nya. Now aku dah makin  tua.. Mekap2 time pergi keraian shaja.
Quote jelitayu 13-7-2022 10:58 AM
semak betul lah netizen ni. jaga je lah anak masing2. sibuk kan anak org, anak sendiri hingus meleleh pun main lap dng belakang tangan je agaknya.....sedeh...
Quote alesandra 13-7-2022 11:06 AM
Gemar dan pandai adalah 2 perkara yg berbeza. masalahnya pandai ke?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.131799 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top