CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amsyar Lee Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon, Nak Fokus Pelajaran

12-7-2022 04:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2798| Komen: 18|Original author: Tatod

Sumber IG


Rezeki figura dikenali sebagai Amsyar Lee ini bukan hanya dalam bidang nyanyian tetapi semakin berkembang apabila kini menerima lamaran untuk berlakon.

Meminati bidang lakonan, pemuda berusia 23 tahun itu bagaimanapun terpaksa melupakan impiannya buat sementara waktu kerana ingin memberikan tumpuan pada pelajarannya.

Memetik laporan mStar, selebriti yang juga pelajar jurusan Teater dan Produksi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, dia menolak apa-apa tawaran lakonan kerana bimbang gagal membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya.



"Saya pernah menerima tawaran berlakon tetapi terpaksa tolak kerana terikat dengan komitmen masa. Ia adalah drama episod yang memerlukan masa yang agak lama.

"Sebab sekarang saya lebih selesa berikan fokus pada pelajaran jadi tawaran tersebut saya tolak kerana takut kalau buat perkara dalam satu masa menyebabkan saya gagal memberikan hasil berkualiti," katanya.


Walaupun cita-citanya adalah untuk bergelar pelakon, Amsyar bagaimanapun tidak ralat untuk melepaskan peluang tersebut.

"Ya, saya belajar teknik lakonan tetapi ini bukan masanya lagi. Saya sedang ini peluang untuk lebih dikenali kerana penonton akan melihat saya di televisyen.

"Namun, saya tidak kecewa kerana percaya pada rezeki. Setiap daripada kita sudah ditentukan rezeki masing masing. 


"Sekiranya bukan sekarang, insya-Allah mas aakan datang pasti ada rezeki lain pula," katanya yang tampil dengan lagu baharu berjudul Mengintai Dari Tirai Kamar duet bersama Ezad Lazim. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silampumeja 12-7-2022 04:33 PM
Body dah hensem dah dgn rupa... Lagak-lagak body language tu kena kukuhkan lg .. baguslah gali ilmu. Jangan malas
Quote prince_marhaen 12-7-2022 04:52 PM
boleh la berlakon jadi adik syafie naswip... badan dan maskulin sikit, cuma suara je lah masih kepit kepit macam ponen siti shower gundu tu...kekadang macam suara hidung kak ani
Quote makciktijah 12-7-2022 05:01 PM
makin helok rupa berbanding dulu2 tu. suara je masih tahap auww.
Quote bluecrystal 12-7-2022 05:14 PM
tapi boleh nampak usaha dia perbaiki imej kan..tak lama dah boleh nampak body helok dari dulu..harap dia ni tak jadi fonen sebab aku follow ig dia..so bila kadang aku skodeng ig faiz ponen tu..tengok kebanyakan post dia..amsyar ni like..adehhh
Quote felinecat 12-7-2022 06:26 PM
lelaki rupenye..baru2 ni aku dgr kat radio igtkan perempuan, sbb die cakap nama lee tu dari lee kwang so, korea bagai..mati2 igt perempuan..adoiii.haha
Quote slyfynx 12-7-2022 06:31 PM
Ok, gmbr baju kuning sedikit sesuatu di situ
Quote scarflicious 12-7-2022 06:35 PM
Dah glowing skrg.
Quote lattehazelnut 12-7-2022 06:35 PM
Suara cakap pun kepit ke?
Quote dudaberhias 12-7-2022 07:19 PM
walaupun nampak helok maskulin dan gagah perkasa dalam gambar... tapi depan2 ya ampun macam adik2 flight attendant dalam kapal terbang mas tu... depan2 kemain lagi tuan/puan sila duduk di tempat masing2, suara yang announce tu macam elvis presley... sekali masuk kat dalam tempat sedia makanan tu ya ampunnn patah riuk...
Quote encikWawad 13-7-2022 12:03 AM
Ngeri tengok adik adik sado sekarang. Abang abang pulak memondey menari tren tiktok terkini. Or ada tren baru adik adik lembut top now. I is kempius
Quote ctnorpropa 13-7-2022 01:02 AM
Who are yusssss ?????
Quote Ferr_Remy 13-7-2022 01:24 AM
Vottemmssss
Quote asmara_me 13-7-2022 08:13 AM
aku cuba positif nak terima suara dia menyanyi, tapi masih tak boleh terima. tak tahu mana merdunya, sedapnya suara dia. tak faham iols. dan tak faham macam mana Ezad Lazim boleh duet dengan dia lagu Mengintai dari Tirai Kamar tu, sedih betul, sebab banyak lagi bakat lain boleh cover balik lagu tu. ok bai.
Quote chocobozhere 13-7-2022 08:15 AM
asmara_me replied at 13-7-2022 08:13 AM
aku cuba positif nak terima suara dia menyanyi, tapi masih tak boleh terima. tak tahu mana merdunya, ...

Samalah. Aku pun rasa macam tu..
Quote tomaz 13-7-2022 08:17 AM
Kenapa la i x kenal makhluk ni
Quote mamajawie 13-7-2022 10:09 AM
makhluk ni masalahnya x brape kenan aku kalau dia menyanyi..sebab sore kepit ala2 ponen..cm ri tu gantikan nek enjut tiber sore cam nek enjut..woii ko tu jantan la tgok aizat amdan elok je nyanyi lagu yuna pakai sore jantan..
Quote laksmanabentan 13-7-2022 12:04 PM
slyfynx replied at 12-7-2022 06:31 PM
Ok, gmbr baju kuning sedikit sesuatu di situ

ishhhh uoollsss nih...
tak baik tauuu....
iolllsss baru nak cakap benda yang sama...
radar ioollsss nih macam terdetect gitu...
hahahahahhahahahahhaha.....
Quote Suchi 16-7-2022 10:11 PM
Edited by Suchi at 16-7-2022 10:22 PM

Dia mcm nak lari dari imej itu ker? Gambo atas motor nampak maskulin laa tp ntahhlaaa adakah cuma kat gambar je?
Beli motor, bergambar terkangkang tak kepit, bela misai janggut ntahlaaa
Naikkan berat badan bagai tp..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.068448 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top