CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kalau Betul Aamir Khan Pelakon Bermasalah, Takkan Mampu Bertahan Dalam Industri?

12-7-2022 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2298| Komen: 7

Pendedahan dibuat pengarah Mahesh Bhatt yang mendakwa Aamir Khan bukanlah seorang yang senang diajak bekerjasama selain bersikap tidak profesional mencalarkan nama pelakon tersebut.


Pelakon berusia 57 tahun itu sering dibayangi kehebatan lakonannya, namun bagi Mahesh, Aamir seorang pelakon bermasalah dan selalu menimbulkan kekacauan di lokasi penggambaran.


IG Aamir Khan

Ketika menjayakan filem berjudul Gulam pada 1998, Aamir mendatangkan kemarahan Mahesh apabila bersikap sambil lewa ketika berada di set penggambaran sehingga menyebabkan filem tersebut lewat untuk disiapkan.

Bagaimanapun, Aamir menerusi satu temu bual bersama media tempatan menepis dakwaan tersebut dan mengatakan dirinya seorang pelakon yang berdisiplin tinggi.


IG Aamir Khan

“Jika saya dikatakan sebagai pelakon bermasalah, saya tidak akan mampu bertahan dan berada dalam industri sehingga ke hari ini,” ujarnya menepis tuduhan Mahesh.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hidet 12-7-2022 01:49 PM
nape pulak Mahesh Bhatt sibuk nak jatuhkan Aamir pulak..jaga anak menantu baru tu sudah laa.
Quote KirazMevsimi 12-7-2022 04:13 PM
yang tahun 1998 tu diungkitnya. ntah betul ke idok
Quote addamnor 12-7-2022 05:08 PM
Weols percaya track record. Kalau bertahan very long means anda seorang yang berkualiti tinggi.
Takat complain dari seorang dua, habut kan sahaja
Quote Farhaz 12-7-2022 11:36 PM
Kalau tak berdisiplin rasanya tak mudah beliau menjayakan filem Dangal.
Quote Cokoro 13-7-2022 10:35 AM
lahhhhh kisoh tahun 1998 dibawak tahun 2022. lama benar berdendamnya
Quote auntyonion 13-7-2022 02:36 PM
Bila da mau move on mahesh
Quote lasagna 14-7-2022 12:54 PM
lahhh dah lama baru nak ungkit?? tp kadang mmg saje nk jatuhkan seseorg bila org tu tgh naik, haa gitu lah roda kehidupan manusia.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.092619 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top