CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Syarikat Insurans Tak Nak Tolong Amber Heard Bayar Saman

11-7-2022 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2681| Komen: 18

Description: Syarikat insurans Amber Heard menolak untuk membiayai sebahagian tuntutan saman berjumlah AS$8 juta (RM35 juta) yang dikenakan terhadap aktres itu oleh bekas suaminya, Johnny Depp.
Syarikat insurans Amber Heard menolak untuk membiayai sebahagian tuntutan saman berjumlah AS$8 juta (RM35 juta) yang dikenakan terhadap aktres itu oleh bekas suaminya, Johnny Depp.


Amber mempunyai polisi liabiliti bernilai AS$1 juta (RM4.4 juta) dengan Syarikat Insurans Am dan New York Marine dan aktres itu berharap dapat menggunakan wang tersebut untuk menampung sebahagian daripada saman yang perlu diselesaikannya.


Foto: Insider

Lapor TMZ, polisi itu meliputi pelbagai jenis salah laku termasuk fitnah, tetapi terdapat klausa yang mungkin menyebabkan syarikat tersebut enggan membayar sebahagian saman itu.

Di bawah undang-undang California, syarikat tersebut menyatakan pihaknya boleh menolak membayar sebahagian saman berkenaan jika dia didapati melakukan kesalahan ‘secara sengaja’.

Marin New York menyatakan, berdasarkan penilaian yang dibuat hakim dan juri, mereka mendapati tuduhan yang dilakukan Amber adalah disengajakan dan berniat jahat.

Sehubungan itu, syarikat insurans berkenaan mahu menungu hakim mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam pembiayaan saman Amber berdasarkan polisi yang diambil aktres terbabit.


Foto: Marca

Pasukan peguam Amber sebelum ini menuntut supaya kes tersebut dibicarakan semula apabila mendakwa seorang daripada juri mempunyai identiti yang bercanggah, sekali gus menjejaskan pembuatan keputusan.

Selepas kalah dalam perbicaraan dengan Depp, Amber sehingga kini masih enggan menerima kenyataan tersebut dan mencari jalan untuk memastikan tuntutannya adalah berasas.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 11-7-2022 08:14 PM
Adan uke, buat lagi fitnoh
Quote beatgirlX 11-7-2022 08:16 PM
Entah la..x de rasa Sian pulak
Quote ayukpingu 12-7-2022 08:14 AM
dah start mengelupur ke macik amber? korek jangan tak korek
Quote norawestallen 12-7-2022 08:23 AM
You deserved it, Amber Turd
Quote pooh~key 12-7-2022 08:27 AM
Akak gembira meluhat sheols syaitan berupa manusia jatuh tersungkur sis.
Quote Tinot7 12-7-2022 08:56 AM
Insurans mana kaver menda2 mcm ni...
Quote Samerosie 12-7-2022 09:44 AM
Buat le personal loan....hehehe
Quote babelina 12-7-2022 10:33 AM
hmmm.. kn dh ssh skrg..
Quote hayati_hassan 12-7-2022 04:07 PM
perah susu EM lerrr
Quote ninja9 12-7-2022 04:13 PM
dari orang tak tahu sekarang satu dunia tahu... ko berak atas katil amber  
Quote mamaneesa 12-7-2022 04:14 PM
masa trial kemain lagi amber suruh JD move on, jgn kacau dia bla bla bla dgn memek muka nak nangis tp xleh nangis tu. bila dh kalah, ko pulak x reti2 nak move on, siap nak repeat trial pulak....ko yg xleh nak stop kacau JD sebenornye...geram haihhh dgn minah ni
Quote lasagna 14-7-2022 12:40 PM
kifarah.. buat hal dgn suami ni ler jadinya..
Quote CikYaYaYa 17-7-2022 01:34 AM
xpaham aq manusia jenis xdak masalah pii carik masalah pastu mulaa laa mengelupurrr  
Quote she 17-7-2022 03:20 AM
Dulu dapat 7 juta tu
Bersyukur tak payah nak PLEDGE sana sini
Enjoy je screening Hollywood
Jadi ex wife JD pun dah boleh rose to fame

Sape suruh tamak
Orang da bagi duduk penthouse free pun tak reti terima kasih
Padan muka penthouse tu semua JD jual

AH Malaysia sekarang EH
Quote I.K.A888990 17-7-2022 04:05 AM
padan muka je kang kau
bangang sgt kan
Quote ina_na 17-7-2022 07:47 AM
Br aku tau boleh claim insurans tuk bayar kes yg kalah..hehehe
Quote Babai 17-7-2022 08:32 AM
beatgirlX replied at 11-7-2022 08:16 PM
Entah la..x de rasa Sian pulak

Sikit pun tak kesian. Sama juga macam Amber Heard yang kat sini
Quote beatgirlX 17-7-2022 12:15 PM
Babai replied at 17-7-2022 08:32 AM
Sikit pun tak kesian. Sama juga macam Amber Heard yang kat sini

Kalau sini tu sapa?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.102786 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top