CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Patut Ke Suruh Anak Buat Loan Untuk Majlis Kahwin Ikut 'Tekak' Ibu Bapa?

12-7-2022 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3962| Komen: 49

Kebanyakan perkahwinan menelan kos perbelanjaan yang tinggi terutamanya apabila perlu dijalankan dalam suasana mewah.

Itu belum termasuk segelintir ibu bapa yang mempunyai kehendak melampau sehingga menyusahkan dan membebankan anak mereka.


Gambar hiasan

Pengalaman ini menjadi satu ketakutan buat seorang bakal pengantin apabila dia memaklumkan ibu bapanya memaksa dirinya membuat pinjaman peribadi untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan yang dirancang.

Perkara itu dikongsikan menerusi portal Malay Wedding di Twitter dengan memuat naik hantaran yang dibuat oleh bakal pengantin tersebut.


“Saya bakal berkahwin hujung tahun ini, dari awal lagi saya dah cakap saya tak nak buat majlis sebab saya dan pasangan hanya kumpul duit buat nikah sahaja.

“Ibu bapa saya paksa nak buat majlis dan majlis pula kena ikut ‘tekak’ mereka yang menjadi masalah sekarang adalah duit,” katanya.



Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila wang hantaran yang diterima pada awalnya ingin dijadikan simpanan bagi menampung perbelanjaan selepas berkahwin, namun dipaksa ibu bapanya untuk digunakan semata-mata demi menjayakan majlis perkahwinan idaman mereka.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 12-7-2022 11:42 AM
Dah la tak keluar duit bayar apa apa, duit salam kaut nak ambil pula.
Quote Babai 12-7-2022 11:43 AM
Mak nak berlagak dengan orang ramai, anak yang jadi mangsa. Biarkan mampos je yang perangai macam tu.
Quote musangbodoh 12-7-2022 12:00 PM
berita mn nie.....
Quote azie5zoe 12-7-2022 12:01 PM
Apa kata, kalau emak nak buat besar-besaran, carikan calon madu untuk emak sekali. Mesti emak tu kendur dengan prinsip dia.
Quote airfilterkotor 12-7-2022 12:13 PM
Makpak malu lertew kalu majelis kahwin tak berapa nak gilang-gemilang.
Tak campur lagik acik-acik kepam belah mak belah bapak yang molot jahat dok cucuk-cucuk.

Penghujung cerita bakal pengantin tak jadik menikah.
Quote monreyes 12-7-2022 12:18 PM
retis pun ada yg buat majlis tertutup je...
Quote sukacactus 12-7-2022 12:47 PM
Its your wedding, buat la ikut suka ko dik
Dah duitnya xada, toksah menjerat diri buat loan bagai
Kat ank aku dah ckp sesiap buat majlis high tea je udah dgn limited guests
Quote lyshafull 12-7-2022 12:54 PM
Xde derhaka nye dik kalo x buat loan sebb nk kahwin rasa membazir sgt plg2 dyrg perli2 je. tu nnti kalo perli hadap je laaa
Quote ChildrenOfBodom 12-7-2022 01:04 PM
sungguh ironi sekali, sepatutnya makpak tolong menyenangkan hidup anak2 ni dah terbalik.
Quote Thunderclouds 12-7-2022 02:27 PM
MakPak pn gigih nk flex ngn jiran2..adik bradik sendri. Niway true story, my fren kawen wat loan utk kenduri suma. Xtau brapa puluh ribu dia pinjam. Dh kawen 10yrs++ loan pn lom abeh byq lg tau. Dia kerani bank sambil wat side income. Pasangan pn bkerja. Jenuh oiii nk settle utang..hgpa2 pn bakal terima menantu esk guna la common sense nohh..yg perit nnt ank2 hgpa jugak.
Quote fortiori13 12-7-2022 04:40 PM
Buat kenduri semampunya sudah, ikut bajet kita & pasangan.

Kalo mak pak nak demand itu ini, patutnya mak pak kena sama2 share kos kenduri dgn anak, barula betul.
Quote gideoncross 12-7-2022 05:51 PM
X khwin slah, khwin pun slah[em:4:][em:4:][em:4:][em:4:].
Quote ainnia 12-7-2022 05:56 PM
Kawin lari je la
Quote noxnox 12-7-2022 06:09 PM
Kalau nak ikut orang lain happy mmg x kan Cukup . Berpadalah buat majlis kahwin dah la zaman ni bnyk yang bercerai
Quote nolya 12-7-2022 06:13 PM
Keadaan pada hari ini ramai pun orang memahami dn maklum kalau ada keluarga yg buat majlis perkahwinan dlm skala sederhana atau pun kecil. Yg wajibnya nikah dn khenduri ala kadar sahaja, tak payah nak berwedding planner lah. Apakah keluarga bakalpengantin ni orang berpangkat ke, ramai kenalan bisnis ke maka nak dijemput semua relasi mereka. Dah tak ade duit tu buatlah cara tak ade duit. Kalau sampai duit hantaran pun nak digunakan, sedihnyalah perangai makbapak begini.
Quote makita 12-7-2022 06:25 PM
Thunderclouds replied at 12-7-2022 02:27 PM
MakPak pn gigih nk flex ngn jiran2..adik bradik sendri. Niway true story, my fren kawen wat loan utk ...

Ha tu la..kwn meols laki buat loan sbb mmg takde duit hatta nk buat majlis kecik belah lelaki. Dah 18 tahun kwen keje si isteri meminjam dari kwn2 je sbb laki dia wpon dah kwen gaji kecik.
Susah ooo kalau kwen bermodalkan cinta aje
Quote allshares 12-7-2022 09:36 PM
ainnia replied at 12-7-2022 05:56 PM
Kawin lari je la

Iols pun nk sokong jgk. Ugut je nk kawin lari tgk ape mak pak kata

Mak pak yg mcmni they think they own d kids. Padahal anak2 ni amanah utk dijaga bukan milik kita
Quote lasagnaklcc 12-7-2022 09:56 PM
Mak i skrg jadi tempat sedara mara pinjam duit buat kenduri kawen. Sakit hati tgk diorg sampai beranak pinak takde usaha nak bayar. Buat majlis taknak kalah tapi bongok masing2.
Quote blue_blur 12-7-2022 09:58 PM
ada juga. anak pompuan mintak bapak dia sponsor semua tunang dan nikah.
ini semua gila. baik kawen dengan orang bosnia sana, dapat juga anak comel2.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.150838 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top