CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ridzman Zidaine, Model Lelaki Melayu Pertama 'Catwalk' Di Paris Dipuji Berwajah Eksotik

5-7-2022 11:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13774| Komen: 53|Original author: Tatod

Description: Di Malaysia, industri seni hiburan adalah bidang yang lebih banyak mendapat sorotan daripada umum. Bagaimanapun, bidang peragaan juga tidak kurang hebatnya apabila Ridzman Zidaine, 22, melaka ...
Sumber IG



Di Malaysia, industri seni hiburan adalah bidang yang lebih banyak mendapat sorotan daripada umum. Bagaimanapun, bidang peragaan juga tidak kurang hebatnya apabila Ridzman Zidaine, 22, melakar kejayaan tersendiri di peringkat antarabangsa.

Memetik laporan Mens Folio, Ridzman menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pegawai polis namun sebuah agensi yang berjaya mengesan bakatnya terus ditawarkan menjadi model pada usianya 19 tahun.

Dia juga berjaya membuat 'debut' pertamanya di Kuala Lumpur sebelum berlakunya pandemik Covid-19.


Baru-baru ini, Ridzman membawa nama Malaysia sebagai model Melayu pertama yang 'catwalk' di Paris Fashion Week 2022. Menerusi perkongsian Rizal Hakimm Punyer di laman Facebook, jejaka itu memperagakan pakaian jenama mewah seperti Louis Vuitton, Hermes, Zegna dan Issey Miyaki.

Tidak hanya terhenti di situ, Ridzman turut berada di London Fashion Week 2022 untuk jenama Robyn Lynch, Herra dan Juoyu Wang.


Rata-rata, ramai yang memuji keunikan wajah lelaki tersebut dan menyifatkan peluang berada di pentas besar dunia peragaan adalah rezeki Ridzman. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 5-7-2022 12:28 PM
Stok2 muka haneesya hani blh la ni..
Quote nazzse 5-7-2022 01:27 PM
Muka so so tpi style catwalk elokk
Quote dua_chzy 5-7-2022 01:48 PM
Yeah akhirnya ada benang dibuka pasal heols.
Quote Cokoro 5-7-2022 02:03 PM
Mmg nama dia ke tu. Oklah muka nusantara
Quote gideoncross 5-7-2022 02:31 PM
Muka llaki Mulayu Melesia biasa je.
Quote dekmieDandy 5-7-2022 03:15 PM
lepas dia cukur misai ni nampak helok sikit

rambut dia straight lawa, kepuk-kepuk pun lawa

walaupun ada model lagi sedap under topboicitizen, iolls tetap berbonggah
Quote Suchi 5-7-2022 04:33 PM
Suka tengok tidak asik muka oriental je
Tp rengsa betul ngn komen2 ummah fb kemain depa gelakkan mamat ni
Konon muka byk bawah jambatan la bagai, hello nampak sgt korang ni jenis yg pikir putih je lawa putih je kacak.
Jenis minat muka2 model catalog, stok muka lawa tapi boring sbb template yg sama je.
Bak kata Tyra Banks, normal is boring.

Mamat ni mmg dilahirkan utk jd supermodel, ketinggian dan rupa eksotik dia mmg sesuai. Tgk la tulang pipi dia tinggi semua tu mmg ciri2 seorang model.
Toksahla acik2 nk pertikaikan lagi, nak suh dia clorox jd putih selepuk mcm oppa dambaan acik2.
Dah tiba masanya muka2 nusantara gini mendonia di pentas peragaan internasionaley
Quote Adrif 5-7-2022 05:57 PM
berapa tinggi dia ni? dalam gambar pun nampak panjang leher, tangan, kaki, semua

190cm?
Quote kotakominami 5-7-2022 06:58 PM
Ade lah tu nanti ayat 'proud to be malaysian' ayat tipikel meleis, indo, n filipin.....
Quote azimodin 5-7-2022 08:14 PM
Wow LV.. iouls suka je muka2 gini jadi model berbanding muka typical gigi hadid
Quote husie91 5-7-2022 09:00 PM
Suchi: Suka tengok tidak asik muka or ...
paling iols remgsa muka dr say tu jd model iklan komersial.. kt mana2 muka dia.. very the common model type.. muka ala2 pan asia tp tk berapa jd kiki
Quote makadek 6-7-2022 12:17 AM
Herlok laaaa  acik fb molot mmg hangsuang paling kuat suh org tutup aurat syorga tu mahal
Quote makadek 6-7-2022 12:22 AM
Emsem jerr  baru tgk ig dia
Quote dua_chzy 6-7-2022 01:50 AM
Adrif replied at 5-7-2022 09:57 AM
berapa tinggi dia ni? dalam gambar pun nampak panjang leher, tangan, kaki, semua

190cm?

188cm. Aiol baca kat tenet seblom thread ni dibuka. Begitu khusyuk aiol membaca sampai ingat ketinggian dia.
Quote Samerosie 6-7-2022 09:07 AM
Sedangkan hal mamat ni jadi model kat Paris  pun keluar news, inikan pula Datuk Seri yg menjadi pengarah muzik Pearl Jam.
Quote lasagna 6-7-2022 10:20 AM
boleh pegi jauh mamat ni, dgn tinggi dan muka esotik heols. not bad.. catwalk pun ada style dia. ok dik, moga uols berjaya di peringkat international go gadget go! ehhh!
Quote lasagna 6-7-2022 10:22 AM
Samerosie replied at 6-7-2022 09:07 AM
Sedangkan hal mamat ni jadi model kat Paris  pun keluar news, inikan pula Datuk Seri yg menjadi peng ...

hahahaa datuk seri pearl jam tu iols betul2 tak bleh hadam smp skrg.. nti kita tya eddie vedder kenal kaa sheols? ehh tiberrrrrrrrr.
Quote ezacbee 6-7-2022 11:15 AM
Suchi replied at 5-7-2022 04:33 PM
Suka tengok tidak asik muka oriental je
Tp rengsa betul ngn komen2 ummah fb kemain depa gelakkan mam ...

Biasalah kejelesan netz...

Elok je dia ni siap pakej model. Untunglah mendonia.
Quote Suchi 6-7-2022 11:33 AM
ezacbee replied at 6-7-2022 11:15 AM
Biasalah kejelesan netz...

Elok je dia ni siap pakej model. Untunglah mendonia.

Kat mana2 page kuar pasal dia nih mesti ada yg memperlekeh dan sedih sekali yg mengata tu orang melayu gak.
Apa masalah taktau, sedangkan bangsa lain semua komen elok2 siap berbangga lagi.
Dorang ni masih stuck di tahun 1800 barangkali. Mmg warna kulit orang melayu sawo matang aka warna buah ciku masak.rata2 ummah nusantara mmg gini la kaler kulit terima dan berbangga la dengan identiti bangsa sendiri.
Toksah la duk hina2 orang kulit tak ceroh la, muka cam mat pet laa nampak sgt taktau apa2 tentang dunia peragaan.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046396 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top