CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Tunai Umrah, Daiyan Trisha Mula Rajin Baca Terjemahan al-Quran

12-7-2022 11:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1732| Komen: 8|Original author: Tatod

Sumber IG


Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mendedahkan pengalamannya berada di Kota Suci Makkah merasakan ia adalah 'perjalanan' kerohanian yang menjadi kenangan terbaik sepanjang hidup.

Menerusi laporan Getaran, pelantun lagu Penat itu juga mengakui kesempatan untuk berada di sana menyebabkan dia kini semakin rajin untuk memahami al-Quran dengan membaca terjemahannya.


"Saya sebenarnya segan untuk cakap. Macam tiba-tiba pula saya kongsikan perkara ini. Tapi, selepas pulang dari Makkah, saya suka membaca terjemahan al-Quran.

"Kesempatan berada di sana adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya," katanya dalam satu temu bual bersama Getaran.


Menjejakkan kaki di tanah suci itu pada Ramadan lalu, namun di hati Daiyan tersimpan rindu kepada Makkah. Bahkan, wanita itu menyifatkan tanah suci adalah tempat paling indah yang pernah dilawatinya.

"Ada banyak perkara yang menginspirasikan saya. Sekarang, kalau ada ujian atau perkara yang buat saya terluka, saya akan ingat bagaimana perasaan saya ketika di Makkah. Perasaan itu tidak dapat saya jelaskan tapi apa yang saya boleh katakan, ia hadiah dari alam lain.


"Perasaan itulah yang mengubah saya dan membuatkan saya meletakkan Allah sebagai keutamaan. Setiap apa yang ingin saya lakukan, saya hanya akan ingat kepada-Nya sahaja selepas ini," katanya yang bakal terjun ke dunia perniagaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 12-7-2022 11:22 AM
Bakal jual jubah dengan tudung jugak ke?
Quote AshkieLa 12-7-2022 11:36 AM
okay, cantik jubah merah putih tu..
yang tak cantik... cmner org tau kau rajin baca quran terjemahan yadaa yadaa kalau ko tak gebang ni?
diam2 bab ni boleh tak? ko jugak yg nak pakai ketat2 tersembul sana sini nanti..
kang netizen kecam, ko balik yg rengsa.
hujung2 kang up.."saya tak hipokrit, nak jadi diri sendiri.."... yihhh
Quote chilly 12-7-2022 02:37 PM
Hmm riaklah juga. Dalam segan nak canang tapi gambar tu kan orang boleh tau kau nak cakap ape nak oii. Rempanan kapsyen tak menghalalkan maksud gambar kau taukkk.
Quote lyshafull 12-7-2022 02:38 PM
Okay noted
Quote che-cikL 12-7-2022 03:05 PM
Baik, kami ambik maklong.
Quote vanillaninja 12-7-2022 03:10 PM
Sheols patut continue je berasa segan untuk bercakap.
Quote Hoola 12-7-2022 08:30 PM
Baguihlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Mmg tu sepatutnya org2 islammmmm
Quote adelea 13-7-2022 02:19 PM
Bagus nak mendalami alquran , dgn terjemahan
allah sayang

yg tak bagusnya ..
itu antara ko dgn allah
yg nak sembang kari hangit dah kenapa ?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.125307 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top