Fad Bocey terpaksa menjalani prosedur rawatan laser radio frekuensi akibat penyakit slip disc yang dialaminya secara tiba-tiba pada Khamis.
Berkongsi mengenai perkara itu, isteri kepada Fad iaitu Syaheera Rahman memaklumkan suaminya mula merasai kesakitan selepas bangun daripada tidur. Penyampai radio Hot FM ini kemudiannya dibawa ke unit kecemasan hospital sebelum dimasukkan ke wad dan disarankan menjalani prosedur laser pada pagi Jumaat. "Selepas bangun pagi semalam (Khamis) dia mula rasa sakit sehingga susah untuk bangun dan memijak lantai. Saya hubungi pihak hospital dan maklumkan keadaannya dan doktor sudah dapat agak ia akibat slip disc.
"Apabila tiba di hospital dan melakukan ujian MRI, keadaan dia memang teruk dan sebab itu perlu jalani prosedur segera. Doktor maklumkan proses tersebut mengambil masa dua jam dan Fad sudah dibawa masuk ke bilik pembedahan pukul 10 pagi (Jumaat)," katanya ketika dihubungi mStar.
|
Kancilkering replied at 8-7-2022 02:40 PM
betul ke kalu buat bekam or acupuncture tu membantu slip disc ni….
ADVERTISEMENT