View: 2134|Reply: 16
|
Sakit Sangat Sampai Tak Boleh Bangun Dan Pijak Lantai-Fad Bocey Masuk Hospital Sebab Slip Disc
[Copy link]
|
|
Fad Bocey terpaksa menjalani prosedur rawatan laser radio frekuensi akibat penyakit slip disc yang dialaminya secara tiba-tiba pada Khamis.
Berkongsi mengenai perkara itu, isteri kepada Fad iaitu Syaheera Rahman memaklumkan suaminya mula merasai kesakitan selepas bangun daripada tidur.
Penyampai radio Hot FM ini kemudiannya dibawa ke unit kecemasan hospital sebelum dimasukkan ke wad dan disarankan menjalani prosedur laser pada pagi Jumaat.
Foto: IG
"Selepas bangun pagi semalam (Khamis) dia mula rasa sakit sehingga susah untuk bangun dan memijak lantai. Saya hubungi pihak hospital dan maklumkan keadaannya dan doktor sudah dapat agak ia akibat slip disc.
"Apabila tiba di hospital dan melakukan ujian MRI, keadaan dia memang teruk dan sebab itu perlu jalani prosedur segera. Doktor maklumkan proses tersebut mengambil masa dua jam dan Fad sudah dibawa masuk ke bilik pembedahan pukul 10 pagi (Jumaat)," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Syaheera berkata doktor menasihati Fad supaya tidak melakukan sebarang aktiviti lasak dalam tempoh enam bulan ke setahun.
"Fad bukanlah seorang yang senang jatuh sakit. Jadi apabila berlaku secara tiba-tiba begini memang buat saya rasa gementar.
"Selepas bangun semalam, saya bantu bawa dia turun dari tingkat tiga rumah kami untuk dibawa ke hospital. Walau dalam keadaan sakit pun dia masih cuba untuk berjalan.
"Doktor nasihat untuk berehat dan tidak melakukan aktiviti lasak selepas ini. Dia juga akan terlibat dalam sebuah program televisyen dalam masa terdekat, jadi perlu berhati-hati.
"Selepas operasi laser ini, Fad akan teruskan rawatan fisioterapi," jelasnya.
Untuk rekod Fad dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dn mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adzrain Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu jangan beli rumah 3 tingkat pe2hal susah. Lain la klo de lif. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik wife heols
Ingatkan slip disc ni senang menyerang org ppuan je
GWS Fad |
|
|
|
|
|
|
|
Gws. Nak sembuh from slip disc op takes time. Ada yg dpt lead normal life, ada yg kene take extra precautions in lifestyle, ada yg jd keadaan makin teruk.
Aku buat slip disc op in 2020. Alhamdulillah. Sakit belakang hilang & shooting pain kat kaki pon hilang. But tak bole terlalu lasak mcm zmn muda2. Jaga pemakanan & tak boleh overweight.
Kadang2 aku lupa gak smpi terbuat keje2 rumah lasak. Then pinggang rasa lenguh2 smpi kaki. Ubat dia kene rest & stretching. |
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon Fad. Aku baru baru ni dapat tahu kena slip disc, sebelum raya puasa. Sakit on and off… until now. Memang tak boleh nak bangun dari katil… nak driving jauh pun sangat lah sakit. Tapi tak semua orang faham sakit tu camne.. after raya buat spine injection tapi sakit still ada till now. And what make it worst, ada cyst dekat area tendon bone aku.. until now pun masih sakit n tak boleh duduk lama, baring pun tak boleh lama.. semua la tak boleh lama, kena moderate je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by miss_perfect at 8-7-2022 02:19 PM
Macam mana boleh jadi eh? Ada kaitan dengan posture atau tilam ke?
Eh lupa... get well soon Fad. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke kalu buat bekam or acupuncture tu membantu slip disc ni…. |
|
|
|
|
|
|
|
Slip disc lebih sakit dr sakit contraction beranak. Hazab yg sangat2. Gws fad |
|
|
|
|
|
|
|
ayah night slip disc n buat op kat hosp putrajaya. mmg xleh buat kerja lasak sbb pinggang sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Gws fad ni gara2 melawan derhaka kt mami dlm mic on ke?,ko bkn main lg bsr kepala bt muka dlm rancangan tu kn,sat lg muncul la diva aa hentam ko fad ko pon blh thn keji mngata ke org tua tu kt mic on |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Macam mana boleh tiba2 kena? I ingatkan slip disc ni sebab terjatuh ke apa. Kalau ikut cerita atas ni, baru bangun tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah penyakit ni boleh terjadi tanpa apa2 jatuh? Atau mamat ni ade angkat barang ke ape sebelum kejadian. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana blh kena tiba2 eh sbb selalu buat kerja berat ke posture duduk yg xbetul terlalu lama ke |
|
|
|
|
|
|
|
Stress ya sakit slip disc ni... penyakit yg org tak nampak sakitnya.. Pnh juga dicop mengada2 n nak ngelat kerja berat. Pcy lah.. mmg sakit... |
|
|
|
|
|
|
|
gws Fad, sian tgok kawan yg kena sakit ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn iols kne slip disc ni. Puncanya sbb byk sgt duduk. Fad ni kje dj byk duduk. Yg kje ofis ngadap laptop tu every 1hour bgun lah jalan2 light stretching. Kalau boleh try jalan2 kt padang or pantai bare foot. Pagi2 ok |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun dulu aku kena slip disc, masa tu kat office, nak bangun dah tak boleh, nangis dulu sebab masa tu orang sibuk nak balik after office aku stay jap, bila dah kena tu aku grab tepi meja, sebab sakit sangat, sampai la boss aku keluar dan attend aku, dia called ambulance dan bawa aku ke klinik universiti. Bagi pain killer dan advised pegi hospital segera. Tapi aku balik terus dan esok nya aku pegi jumpa Dr Green Chiropractic kat Brickfields, buatla 4 kali treatment, sampai sekarang tak rasa sakit lagi. Tapi kos nya riban la.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|