Perkara ini menyebabkan sesetengah jemaah mengambil risiko pergi menunaikan rukun Islam kelima ini menggunakan Visa Furada atau Mujamalah yang mana akhirnya niat untuk mengerjakan ibadah itu tidak kesampaian oleh kerana dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Hal ini berlaku kerana ramai yang 'terdesak’ untuk melaksanakan ibadah Haji tanpa melalui Tabung Haji apabila giliran mereka belum tiba sehingga tahun 2095 ataupun mendapat status 'stand-by' sahaja walaupun berkali-kali rayuan dibuat.
Ada juga yang telah pergi berkali-kali. Sepatutnya peluang diberikan kepada jemaah yang belum lagi menunaikan haji yang wajib bagi mereka. Selain itu, ada yang lebih berani pergi haji dengan tidak mengikut peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu dengan menggunakan visa pelancong seperti yang dikongsikan pengguna Facebook ini. Sudahlah pergi dengan cara haram sebegini, diminta pula doa sahabatnya untuk dipermudahkan urusan ke sana. Sesungguhnya amalan begini memberi gambaran buruk bahawa muslim orang yang tak suka ikut peraturan. Baca lanjut. Kredit foto - Facebook Azizul Azli Ahmad Semua orang ada impian menunaikan haji, tetapi ikutlah peraturan yang ditetapkan oleh negara Haji. Ibadah Haji tidak wajib jika tiada kemampuan sama ada dari segi kewangan, fizikal atau pun kekangan giliran. Peraturan dibuat untuk menjaga keselamatan dan keselesaan jemaah lainnya. -CARI |
Babai replied at 8-7-2022 11:04 PM
Tak nampak apa benda yang boleh buat terdedak
hashashes replied at 9-7-2022 05:55 AM
Sape tau apa jadi kat akak tipu tu eh? Dapat masuk mekah ke tak ?
dua_chzy replied at 8-7-2022 02:56 PM
Apa sebenarnya visa Furada ni. Mengingatkan akak dengan Utada Hikaru ja. Masihkah korang ingat acik ...
dua_chzy replied at 8-7-2022 03:01 PM
Tabung Haji ni pun boleh tahan lembab buat kerja. Yang kaya2 elite kayangan tu lagik sial boleh pula ...
rayna_raynes replied at 8-7-2022 11:10 PM
Selagi tak pergi rasa bersalah nak holiday europe sis
acikhan replied at 8-7-2022 11:07 PM
uish level2 kite nie kaka chazey...haku suka sis utada lg die best2
ADVERTISEMENT