Setiap kali musim haji, persoalan kuota haji merupakan antara isu yang belum dapat diselesaikan dengan sewajarnya sehingga ke saat ini.
Perkara ini menyebabkan sesetengah jemaah mengambil risiko pergi menunaikan rukun Islam kelima ini menggunakan Visa Furada atau Mujamalah yang mana akhirnya niat untuk mengerjakan ibadah itu tidak kesampaian oleh kerana dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Hal ini berlaku kerana ramai yang 'terdesak’ untuk melaksanakan ibadah Haji tanpa melalui Tabung Haji apabila giliran mereka belum tiba sehingga tahun 2095 ataupun mendapat status 'stand-by' sahaja walaupun berkali-kali rayuan dibuat.
Ada juga yang telah pergi berkali-kali. Sepatutnya peluang diberikan kepada jemaah yang belum lagi menunaikan haji yang wajib bagi mereka.
Selain itu, ada yang lebih berani pergi haji dengan tidak mengikut peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu dengan menggunakan visa pelancong seperti yang dikongsikan pengguna Facebook ini.
Kredit foto - Ihsan Pembaca Facebook
Sudahlah pergi dengan cara haram sebegini, diminta pula doa sahabatnya untuk dipermudahkan urusan ke sana. Sesungguhnya amalan begini memberi gambaran buruk bahawa muslim orang yang tak suka ikut peraturan.
Baca lanjut.
Kredit foto - Facebook Azizul Azli Ahmad
Semua orang ada impian menunaikan haji, tetapi ikutlah peraturan yang ditetapkan oleh negara Haji. Ibadah Haji tidak wajib jika tiada kemampuan sama ada dari segi kewangan, fizikal atau pun kekangan giliran.
Peraturan dibuat untuk menjaga keselamatan dan keselesaan jemaah lainnya. -CARI
|