CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rutin Terperangkap Jalan Sesak Tingkat Risiko Gangguan Mental

8-7-2022 03:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1218| Komen: 11|Original author: Tatod

Gambar hiasan (Sumber Google)


Sejak bermula fasa peralihan ke endemik bermula April lalu, kehidupan rutin yang dihadapi individu bekerja kembali normal seperti dua tahun lalu. 

Bangun seawal pagi untuk bersiap ke pejabat dan sekali gus cuba mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang adakalanya merosakkan emosi seseorang.

Memetik laporan Bernama, Pakar Perunding Kanan Psikiatri Malaya Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan situasi terperangkap dalam kesesakan jalan raya secara berterusan boleh menyumbang kepada gangguan kesihatan mental hingga membawa kepada tekanan kronik seperti kemurungan dan kerisauan.


Pakar Perunding Kanan Psikiatri Malaya Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari

"Tekanan akan bertambah sekiranya individu berkenaan kerap lewat ke tempat kerja dan mendapat teguran atau amaran daripada majikan seterusnya menjejaskan emosi dan mengganggu produktiviti kerjanya," katanya yang turut mengaitkan situasi tersebut dengan risiko buli jalan raya dan kemalangan.

Sekiranya perkara itu tidak diatasi dengan baik, ia akan menyumbang kepada risiko penyakit serius seperti darah tinggi, jantung, diabetes dan bertambah buruk jika tidak mengamalkan cara hidup sihat dari segi fizikal dan mental.

Sementara itu, Pakar Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail pula mencadangkan kepentingan majikan melaksanakan waktu bekerja yang anjal sebagai antara langkah mengatasi serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat.

Pakar Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail

"Tidak semua boleh bekerja pada waktu sama supaya mereka tidak perlu berpusu-pusu keluar rumah pada waktu sama. Contohnya, kita boleh mengadakan sistem syif yang bermula 8 pagi hingga 5 petang dan syif kedua pada 10 pagi hingga 8 malam.

"Kita juga boleh melaksanakan sistem penggiliran yang memerlukan pekerja hadir secara bergilir ke pejabat," katanya. -CARI













Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 8-7-2022 03:48 PM
knp semua nak dikaitkan dgn sakit mental...
Quote eragon 8-7-2022 03:48 PM
"Tidak semua boleh bekerja pada waktu sama supaya mereka tidak perlu berpusu-pusu keluar rumah pada waktu sama. Contohnya, kita boleh mengadakan sistem syif yang bermula 8 pagi hingga 5 petang dan syif kedua pada 10 pagi hingga 8 malam."

kalau syif 1 8-5, syif 2 10-7 la. mana lak dtg 10-8.

btw aku setuju cadangan ni.

better gap lama sikit lagi. 2 jam setengh.

syif 1 7.30 - 4.30, syif 2 1000 - 7.00.

lagi smooth.
Quote Kitty_catz 8-7-2022 06:32 PM
patot dlm porom cari yg rempit yini pun ramai yg mental... harus sbb jam pagi petang khuennn
Quote FOTHER-MUCKER 8-7-2022 06:44 PM
Syif kedua tu lagi membuatkan orang jadi mental kerana tiada kehidupan 10am-8pm walaupun boleh dibahagikan seminggu sekali di antara dua syif.

Seperti di negara bermusim di waktu winter, pergi kerja masih gelap balik kerja pun hari sudah gelap. Terasa dunia terlalu sempit.


Tidak semua boleh bekerja pada waktu sama supaya mereka tidak perlu berpusu-pusu keluar rumah pada waktu sama. Contohnya, kita boleh mengadakan sistem syif yang bermula 8 pagi hingga 5 petang dan syif kedua pada 10 pagi hingga 8 malam.
Quote gekkou 8-7-2022 07:05 PM
i vote wfh
so i boleh bagi peluang pada yang betul2 kena masuk opis
else kerja tak jalan untuk menggunakan jalan raya dgn aman dan tenang

malangnya, i tetap kena wio seperti biasa
Quote spankee_fili 8-7-2022 07:15 PM
Weols pun 2 session, staggered working hours
Ada yg masuk pukul 8-5, 9-6
Namun begitu, ada jua mereka yg clock in 9am tapi balik sekali 5pm.. bila boss perasan behave sat sebulan dua pastu ke laut dalam jua
Quote jazaa100 8-7-2022 07:17 PM
Nak cari alasan tanak pegi keja le tu...

Quote Decaffeinated 8-7-2022 11:50 PM
aku dah lama tau

kalau on the road aku terus berani mati

Quote Meiizu 8-7-2022 11:54 PM
Kalau takde keje lagi mental
Quote akies 9-7-2022 12:04 AM
Kalau tak boleh nak ikut waktu kerja..terperangkap dlm jem pun dah boleh dapat sakit mental..
Baik berhenti kerja terus.
Atau cari lain yg dekat dgn rumah

Pilihan di tangan masing2..
Tak adil nak desak majikan buat jadual kerja/shift/ bergilir masuk ke offc..
Quote Orenn1 9-7-2022 12:08 AM
Klu yg blh keja dr rmh buatlah surat rasmi mohon keja dr rmh 3 or 4 hari seminggu, tp bila dah dpt peluang, jagalah peluabg tu baik2, jgn bagi alasan utk rezeki tu ditarik balik sbb sikap sendiri, buat yg terbaik pd tanggungjwb keja, dah buat keja dgn terbaik lps tu nak huhahuha pun tak apa.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.279108 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top