BIRMINGHAM: Seorang wanita beragama Islam tidak menyangka anak-anaknya dipaksa makan sosej daging babi ketika waktu makan tengah hari di sekolah mereka.
Mussrat Bibi, 41, mendakwa insiden itu berlaku di Sekolah Rendah Hollyfield di Sutton Coldfield, Birmingham. Ibu kepada lapan orang itu memberitahu, insiden berkenaan membuatkan semua ahli keluarganya berasa ‘jijik’ dengan apa yang berlaku sehingga seorang daripada anaknya jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Disebabkan insiden berkenaan, Mussrat memberhentikan dua anaknya, Rayhaan dan Sufiyaan daripada sekolah tersebut, selain menyelar golongan pendidik di sekolah itu yang disifatkan jahil mengenai agama.
Dalam pada itu, jurucakap sekolah tersebut memohon maaf atas insiden yang berlaku. Pihak pengurusan sekolah berkenaan berjanji untuk meneliti insiden yang berlaku bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. “Saya tidak pernah melihat anak-anak saya jatuh sakit seperti itu (selepas makan sosej babi). Mereka tidak pernah ada masalah dengan makanan yang saya sediakan di rumah. “Satu keluarga kami jatuh sakit selepas itu, selain kami juga berasa amat jijik. “Saya sudah adukan kepada pihak sekolah dan saya berasa amat kecewa kerana mustahil mereka (guru) tidak tahu orang Islam tidak boleh makan daging babi,” ujar Mussrat kepada Daily Mail. Sehubungan itu, wanita tersebut menegaskan pengurusan sekolah perlu lebih peka, termasuk memaklumkan kepadanya jika mereka tidak dapat menyediakan makanan halal. Katanya, dia boleh menyediakan bekal setiap hari asalkan pembelajaran anaknya tidak terganggu. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Sehubungan itu, wanita tersebut menegaskan pengurusan sekolah perlu lebih peka, termasuk memaklumkan kepadanya jika mereka tidak dapat menyediakan makanan halal.
Katanya, dia boleh menyediakan bekal setiap hari asalkan pembelajaran anak ya tidak terganggu.
FOTHER-MUCKER replied at 8-7-2022 10:59 AM
2 tahun lepas saya juga di paksa* makan babi. Selalu beli m&s king prawn bucatini. (Tengok gambar je ...
dua_chzy replied at 8-7-2022 11:03 AM
Saya ada kenal seorang jantan masa di U. Kristian SDA. SDA ini memang tidak makan babi. Namun 1 keti ...
edayildiz replied at 8-7-2022 03:11 AM
sampai mcmtu sekali..mayb mcm ada org yg xblh mkn kambing kot..mkn jer jd pening..
dua_chzy replied at 8-7-2022 11:13 AM
Iya. Babi ni hanyir kot (macam kambing), apa lagi lemak2 dia. Jika tak biasa makan, memang boleh p ...
dua_chzy replied at 8-7-2022 11:03 AM
Saya ada kenal seorang jantan masa di U. Kristian SDA. SDA ini memang tidak makan babi. Namun 1 keti ...
FOTHER-MUCKER replied at 8-7-2022 10:59 AM
2 tahun lepas saya juga di paksa* makan babi. Selalu beli m&s king prawn bucatini. (Tengok gambar je ...
edayildiz replied at 7-7-2022 07:08 PM
kari biawak tu sdp tak..geli lak..babi tu ok la..xyah la over sgt kn..babi tu dgg yg mmg dimakan.. ...
Samerosie replied at 7-7-2022 07:22 PM
Kita suka daging kangaroo...memang sedap.
FOTHER-MUCKER replied at 8-7-2022 11:23 AM
Rasa seperti kari ayam je tak boleh nak bezakan. Walaupun besoknya baru tau itu kari biawak masih ...
FOTHER-MUCKER replied at 8-7-2022 11:23 AM
Rasa seperti kari ayam je tak boleh nak bezakan. Walaupun besoknya baru tau itu kari biawak masih ...
pittjie replied at 7-7-2022 09:18 PM
sapa bagi makan kari biawak ni bro? biawak ni org india yang selalunya masak buat kari. udumbu kar ...
ADVERTISEMENT