View: 3745|Reply: 60
|
Ibu Kecewa Anak Sakit Lepas Dipaksa Makan Sosej Babi Di Sekolah
[Copy link]
|
|
BIRMINGHAM: Seorang wanita beragama Islam tidak menyangka anak-anaknya dipaksa makan sosej daging babi ketika waktu makan tengah hari di sekolah mereka.
Mussrat Bibi, 41, mendakwa insiden itu berlaku di Sekolah Rendah Hollyfield di Sutton Coldfield, Birmingham.
Ibu kepada lapan orang itu memberitahu, insiden berkenaan membuatkan semua ahli keluarganya berasa ‘jijik’ dengan apa yang berlaku sehingga seorang daripada anaknya jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
 Foto: Agensi
Disebabkan insiden berkenaan, Mussrat memberhentikan dua anaknya, Rayhaan dan Sufiyaan daripada sekolah tersebut, selain menyelar golongan pendidik di sekolah itu yang disifatkan jahil mengenai agama.
Dalam pada itu, jurucakap sekolah tersebut memohon maaf atas insiden yang berlaku.
Pihak pengurusan sekolah berkenaan berjanji untuk meneliti insiden yang berlaku bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
“Saya tidak pernah melihat anak-anak saya jatuh sakit seperti itu (selepas makan sosej babi). Mereka tidak pernah ada masalah dengan makanan yang saya sediakan di rumah.
“Satu keluarga kami jatuh sakit selepas itu, selain kami juga berasa amat jijik.
“Saya sudah adukan kepada pihak sekolah dan saya berasa amat kecewa kerana mustahil mereka (guru) tidak tahu orang Islam tidak boleh makan daging babi,” ujar Mussrat kepada Daily Mail.
Sehubungan itu, wanita tersebut menegaskan pengurusan sekolah perlu lebih peka, termasuk memaklumkan kepadanya jika mereka tidak dapat menyediakan makanan halal.
Katanya, dia boleh menyediakan bekal setiap hari asalkan pembelajaran anaknya tidak terganggu. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
1. Sakit tu lebih kepada placebo effect.
2. Ya, apa maksud dipaksa? Acik kafeteria yang paksa? Cikgu? Rakan pembuli? Whoareyus? |
|
|
|
|
|
|
|
Sehubungan itu, wanita tersebut menegaskan pengurusan sekolah perlu lebih peka, termasuk memaklumkan kepadanya jika mereka tidak dapat menyediakan makanan halal.
Katanya, dia boleh menyediakan bekal setiap hari asalkan pembelajaran anak ya tidak terganggu.
Kenapa kau tak tanya sendiri terlebih awal sebelum daftar anak masuk ke sekolah itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-7-2022 07:00 PM
2 tahun lepas saya juga di paksa* makan babi. Selalu beli m&s king prawn bucatini. (Tengok gambar je) Malas nak baca ingredients. Setelah selepas berapa banyak makan satu hari tu sahaja baca apa sebenarnya membuatkan bucatini tu sedap sangat, rupanya ada babi :
Tetapi termakan babi tak ada rasa geli ataupun nak muntah. Saya juga pernah termakan biawak sampai sekarang saya masih merasa geli dan tak boleh tengok biawak rasa sangat takut. Bertahun saya tak bokeh makan daging ayam kerana asalnya orang kata itu kari ayam tetapi sebenarnya kari biawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada kenal seorang jantan masa di U. Kristian SDA. SDA ini memang tidak makan babi. Namun 1 ketika itu beliau memilih untuk murtad tukar gereja dan membuat cubaan memakan babi char siew. Sejurus memasukkan, mengunyah dan menelah char siew itu beliau rasa pening kepala. Tak lama lepas tu beliau pegi muntah.
Babi is not for everyone I guess. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 8-7-2022 10:59 AM
2 tahun lepas saya juga di paksa* makan babi. Selalu beli m&s king prawn bucatini. (Tengok gambar je ...
kari biawak tu sdp tak..geli lak..babi tu ok la..xyah la over sgt kn..babi tu dgg yg mmg dimakan..cuma xhalal bg org muslim..kalau biawak,ular tu mcm luar biasa pulak..lalu tepi kedai jual nasi kari biawak confirm muntah..
tp kwn i org iban mmg dh selalu mkn biawak monyet...mcm aym dia ckp.
kari biawak disukai org india kalau x silap i bca. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 8-7-2022 11:03 AM
Saya ada kenal seorang jantan masa di U. Kristian SDA. SDA ini memang tidak makan babi. Namun 1 keti ...
sampai mcmtu sekali..mayb mcm ada org yg xblh mkn kambing kot..mkn jer jd pening..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 8-7-2022 03:15 AM
edayildiz replied at 8-7-2022 03:11 AM
sampai mcmtu sekali..mayb mcm ada org yg xblh mkn kambing kot..mkn jer jd pening..
Iya. Babi ni hanyir kot (macam kambing), apa lagi lemak2 dia. Jika tak biasa makan, memang boleh pening kot. Yang dia makan tu pula char siew. Char siew ni rasanya manis2 masin. Ada pula digunakan rempah 5 tu (5 Spice Powder). Memang boleh buat pening. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi orang yang mmg menjaga pemakanan halal haram, lepas makan mmg akan ase tak sedap badan, muntah2. penah jd kt kawan haza, masa makan tak tau benda tu tk halal, badan dia auto reject benda2 tu, sbbtu muntah2 teruk. Bagi org islam jangan la kata termakan dgg babi tu ok lagi, seolah2 meremehkan benda yg mmg Allah larang. Kene la firm dgn agama kita. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 8-7-2022 11:13 AM
Iya. Babi ni hanyir kot (macam kambing), apa lagi lemak2 dia. Jika tak biasa makan, memang boleh p ...
ohh br tau babi tu hanyir...teringat kt kwn i..tkt bethol dia ngn babi..tp arak minum pulakk..btw thnx for the info |
|
|
|
|
|
|
|
So Bangladeshi la kau bibi! Gitew iol rasis. Tanya la anak kau tu betul2 kena paksa ke? Kat sekolah tu boleh cakap tak nak meat sekolah tak paksa makan esp kalau tengok budak brown coloured, sebab depa tau tak Hindu (tak makan daging), Muslim (tak makan babi), unless anak2 yg nak, macam my friend punya anak kat sekolah masa kitarang kat Philippines, walaupun dah dibagitau kat cikgu, anak2 ni kat kantin teringin sebab tengok kengkawan makan juga, derang pun makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini betul. Kawan office I pun Kelantanese chinese, dari kecil tak makan pork. Pergi ikut kengakawan chinese lain makan kat kedai cina, walaupun tak sentuh pork tu tapi lard tu balik dia muntah and sakit perut. Kitarang panggil dia Ben "Perut Abdullah".
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita suka daging kangaroo...memang sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa seperti kari ayam je tak boleh nak bezakan. Walaupun besoknya baru tau itu kari biawak masih boleh termuntah.
Sampai sekarang Saya tak boleh tengok biawak walaupun di tv mesti rasa terlalu geli dan sangat menakutkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kangaroo ok kerana dia bukan binatang yang sangat mengelikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 8-7-2022 11:23 AM
Rasa seperti kari ayam je tak boleh nak bezakan. Walaupun besoknya baru tau itu kari biawak masih ...
mkn kt kedai ke
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa bagi makan kari biawak ni bro? biawak ni org india yang selalunya masak buat kari. udumbu karreyyy<-- cakap sambil goyang kan kepala tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang India kawan kepada kawan saya sewaktu deepavali. Ramailah yang makan termasuk orang perempuan juga.
Dia ingat orang Islam boleh makan biawak. Dan kita orang ingat itu kari ayam.
|
|
|
|
|
|
|
|
bebudak ni kena ragging ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|