CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Disindir Dan Diperlekeh, AC Mizal Bangga Berjaya Buka Stesen Tv Sendiri

7-7-2022 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3894| Komen: 24

Description: Membuka stesen televisyen dengan rangkaian media dan hiburan terbaharu di bawah jenama SUKE TV, Datuk Mizal Zaini atau AC Mizal, bagaikan membuka satu lembaran pilihan terbaharu buat penonton dan masy ...
Membuka stesen televisyen dengan rangkaian media dan hiburan terbaharu di bawah jenama SUKE TV, Datuk Mizal Zaini atau AC Mizal, bagaikan membuka satu lembaran pilihan terbaharu buat penonton dan masyarakat negara ini.


Tiga bulan menjalankan operasi sepenuhnya, SUKE TV, boleh dikatakan sebagai satu produk kebanggaan buat selebriti serba boleh tanah air ini memandangkan semua orang tahu, bukan mudah untuk menubuhkan sebuah stesen televisyen bermula daripada bawah.

Malah, stesen televisyen yang ada di Malaysia ini juga seakan sudah melalui satu fasa mencabar apabila berdepan dengan kebangkitan zaman media sosial dan platform OTT (Over The Top) atau penstriman di Internet yang kini semakin menjadi pilihan penonton.

Foto: IG


Siapa sangka, impian besar ini berjaya direalisasikan oleh AC meski sebelum ini dia juga banyak menerima sindiran dan diperlekeh oleh banyak pihak termasuk rakan-rakan sendiri.

“Memang keadaan itu berlaku. Marah itu ada, tapi itu menjadikan saya lebih bersemangat sebenarnya. Sebelum saya mula SUKE TV ini, ketika itu, ia merupakan percubaan kali terakhir saya. Saya dah nak pulangkan lesen dah.

“Lesen itu sudah ada sebelum saya mula lagi dan kena bayar setiap tahun kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Terus-terang, ketika itu, saya dah tahap berserah betul-betul kepada Tuhan. Ingat lagi, Jun tahun lepas, saya dah betul-betul putus asa.

“Bila tak beroperasi, MCMC akan tarik balik lesen. Tetapi ternyata Allah itu Maha Mendengar akan rintihan-rintihan hamba-Nya, patut pulangkan lesen pada Jun, tetapi Allah gerakkan misi dan visi saya ini bermula April lalu,” katanya.



MALU, SAKIT HATI
Kata AC, dia juga pernah dibelenggu dengan perasaan malu dan sakit hati kerana orang di sekeliling memandang rendah usahanya itu namun bersyukur kerana isterinya, Datin Emylia Rosnaida sentiasa meletakkan kepercayaan kepada dirinya.

“Kami berdua ini nasib baiknya memang selalu berfikiran positif. Kita tetap nak buat.Nampaknya Tuhan tetap nak bagi rezeki menerusi SUKE TV ini sebab banyak dah bisnes lain yang dijalankan sebelum ini,Allah tetap bukakan jalan yang ini.

“Memang kami tawakal saja pada Allah dan akhirnya di hujung-hujung perasaan dah nak putus asa itu, Dia realisasikan hasrat kami ini. Saya pun pasang niat nak bantu orang, nak beri peluang pekerjaan kepada ramai orang.

“Mungkin kerana itulah, Dia kurniakan peluang ini kepada saya dan isteri. Bayangkan, kamilah artis pertama yang membuka stesen televisyen dalam negara ini, siapa sangka?”katanya.

Selain itu, ditanya sama ada, dia sebenarnya merealisasikan stesen tv ini kerana pernah mengalami episod-episod kekecewaan sepanjang melewati tempoh 31 tahun bekerja untuk pelbagai platform stesen tv lain, ini jawab AC.



“Ya betul. Tapi nanti orang ingat sebab kecewa, esok terus buka stesen tv sendiri. Eh, macam kaya sangat saya ini. Tak, saya buka SUKE TV ini pun prosesnya lima tahun. Tapi sebab modalnya besar, baru kini kita dapat bantuan pinjaman kewangan daripada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV).

“Bila mereka sudi beri pinjaman, bermakna idealogi dan visi saya ini boleh diterima sebab MDV sangat teliti dalam menilai.Kekecewaan itu sudah pasti pada asalnya. Saya ini fikirkan apa nasib rakan artis yang dah berumur tapi dibayar RM50 sehari, contohlah.

“Di sini saya beri peluang pekerjaan. Kalau tak ada job depan kamera, boleh buat benda lain, terlibat di belakang tabir. Jadi dapatlah kita lihat yang industri ini berkembang, bukan asyik timbul kisah artis susah, industri susah. Sampai orang nak sertai industri pun takut,”katanya.



LEBIH POPULAR?
Dalam pada itu, AC juga menafikan bahawa wujudnya hasrat untuk menjadi semakin popular apabila telah memiliki stesen televisyen sendiri kini.

Menganggap hal itu cuma canda kosong, kata AC, dia sudah lama mahu berundur diri sebagai selebriti di depan kamera memandangkan dia juga sedar,pada usia begini, dia sepatutnya berada di tahap yang berbeza.



“Bukan pasal nak popular, tidak! Saya memang dah lama nak beri laluan pada orang lain untuk ke depan. Saya dah berjanji nak jadi ahli korporat, ahli perniagaan, pengerusi dan nak kembangkan bisnes.

“Idea dan visi saya lebih banyak ke situ.Sekarang pun dah usia 51 tahun, penat dah nak jerit-jerit Peace Yo! Kena beralih arah,”katanya dalam ketawa.

KONSEP TERBUKA
Sebagai tambahan, AC memaklumkan, SUKE TV mengamalkan konsep terbuka dan idea yang segar dalam penghasilan rancangannya sesuai dengan citarasa dan keperluan khusus penonton Malaysia.

Ia menyiarkan pelbagai program termasuk program beli belah tempatan yang menampilkan selebriti, pempengaruh dan usahawan tempatan di mana penonton boleh membeli-belah secara langsung sambil menonton TV, 24 jam sehari di myFreeview, rangkaian penyiaran digital tanpa langganan untuk TV yang pertama di Malaysia.



Antara program yang disiarkan ialah SUKECele. Program perdana SUKE TV yang menampilkan selebriti menjual produk mereka kepada penonton.

Melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, SUKE TV berhasrat memerkasa pangkalan pelanggan untuk PKS tempatan di seluruh negara melalui saluran TV percuma sambil mencipta aliran pendapatan baharu untuk penghibur tempatan yang terjejas oleh pandemik. -CARI

Sumber:Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 7-7-2022 01:57 PM
Diharapkan jangan tetiba ada balik jual gelang dan produk pelangsingan badan.
Quote AbukRokok 7-7-2022 02:06 PM
xbest tv dia.....95% goshop wowshop
berita latah merapu
Quote princessmiang 7-7-2022 02:07 PM
sah2 bakal flop/... ko selagi ko tak bayar nafkah utk anak2 ko tu jgn haraplah
Quote miss_perfect 7-7-2022 02:12 PM
AbukRokok replied at 7-7-2022 02:06 PM
xbest tv dia.....95% goshop wowshop
berita latah merapu

Baru nak tanya apa kelebihan tv dia ni....
Quote immaryjane 7-7-2022 02:19 PM
Pastu jemput birah sara anna tayang jubo tu. Low class
Quote mawarkhayalan99 7-7-2022 03:25 PM
amboi kemain lagi hidung datin tinted
Quote annehuda 7-7-2022 03:33 PM
aku rasa ac mizal ni mcm banyak je bukak bisnes tapi melingkup. dulu bisnes jual gelang magnet, pastu jual henpon, pastu ada stesyen radio kan? takde ke poremer yg nk wat deepdive pasal bisnes2 heols ni
Quote kucingitam 7-7-2022 04:28 PM
emylia ni kalau rambut hitam lawa je muka dia..exotic..
Quote Lavender_Violet 7-7-2022 05:03 PM
Gumuksnya Emylia dlm gambar first tu
Mcm mana nak acces ke SUKE TV nih?
Quote alieyrina 7-7-2022 07:38 PM
Ntah. X minat nak tgk n sapot bapak aniaya anak ni
Quote sleepandream 7-7-2022 09:05 PM
tv dia ni ala2 saluran tambahan astro jah... bukannya ada pemancar khas ke apa...
like astro boleh tambah sejuta channel dlm tu tanpa hire staff... ulang pasang jah content2 lama...

Quote Nham22 7-7-2022 09:11 PM
Bagus lagi malaysia gazette... Hahaha...patut try n error dulu kat youtube...dapatkan crowd based... Research etc.. Bukan terus ko buat saluran masuk tv... Klu ko cubaaan 1 2 3 kat youtubr dulu pon ok.. Apoo
Quote babycc 7-7-2022 10:02 PM
Dah ada saluran sendiri.. harap dah x jd pengacara kat channel2 lain.. bosan!
Quote msdummy.2018 7-7-2022 10:27 PM
annehuda replied at 7-7-2022 03:33 PM
aku rasa ac mizal ni mcm banyak je bukak bisnes tapi melingkup. dulu bisnes jual gelang magnet, past ...

Aku ingt mmg dia ada radio..mana pergi ek
Quote slyfynx 7-7-2022 10:54 PM
Nham22 replied at 7-7-2022 09:11 PM
Bagus lagi malaysia gazette... Hahaha...patut try n error dulu kat youtube...dapatkan crowd based... ...

OT sikit.
Frasa yang betul adalah trial and error. Ramai org kita guna try and error sbb bunyinye hampir sama.

Okay, untuk x off-topic, cemane dengan venture AC yang lain seperti MFace dan Peace Yall FM?


Quote missyL 8-7-2022 12:45 AM
Setakat suketv pn nk poyo cm ape

Suketv xbest langsong
Iols ni sejenis suke tgok iklan mcm wowshop pn xleh go hahahah
Iklan pn pakai green screen belake
Jual barang mahal hahahahah
Baik beli kt shopee lazada je
Quote Perawankota 8-7-2022 01:35 AM
Mana nak tgk suke tv ni? Tak jumpa pon
Quote dudaberhias 8-7-2022 01:42 AM
takde apa harapan selain hati ini meramalkan ianya bakal bungkus atau terkambuih seperti gelang heshe jual dulu...
Quote Hazelnut99 8-7-2022 01:45 AM
Selagi nafkah kau dgn anak2 tergantung, kau buatlah bisnes apa pun tetap xmenjadi. Bakalan melingkup jgk..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054410 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top