HANOI – Satu pasangan pengantin baharu di Bach Ninh, Vietnam menjadi tular apabila mengenakan perhiasan barangan kemas yang sarat seperti golongan bangsawan, lapor laman Wolipop.
Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya. Pengantin dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak. Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe.
“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan. Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit. – CARI Sumber: Kosmo
|
azie5zoe replied at 7-7-2022 12:04 PM
Gelang tangan, rantai tangan, rantai leher sekarang gelang leher.
esbok replied at 7-7-2022 12:09 PM
agaknya nak senang kira, upah cincai, satu gelung 100k esok nak bahagi senang
ayang 50 gelung haba ...
ilacantik replied at 7-7-2022 12:36 PM
I suka konsep macam ni, bagi benda yg berguna utk masa depan. Sama macam kat turki, bagi emas utk pe ...
green~tea replied at 7-7-2022 11:09 PM
Buleh susun kat tengkuk mcm tribe Vietnam nih...
ilacantik replied at 7-7-2022 12:36 PM
I suka konsep macam ni, bagi benda yg berguna utk masa depan. Sama macam kat turki, bagi emas utk pe ...
akusukaq replied at 8-7-2022 07:30 AM
Tribe Vietnam? mana dapat info ni ? Aku hanya jumpa puak puak wanita tengkok panjang ni kat utar ...
ADVERTISEMENT