CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1728|Reply: 17

Pengantin Baharu Dapat Hadiah Beratus-Ratus Utas Gelang Dan Rantai Emas Daripada Tetamu

[Copy link]
Post time 7-7-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
HANOI – Satu pasangan pengantin baharu di Bach Ninh, Vietnam menjadi tular apabila mengenakan perhiasan barangan kemas yang sarat seperti golongan bangsawan, lapor laman Wolipop.


Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya.


Pengantin dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak.


Foto: Wolipop




Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe.


“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan  perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan.


Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 11:11 AM | Show all posts
Berlonggok camtu dah cam emas celop
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:14 AM | Show all posts
napa emas dia macam tak cantik..
takde pattern ke..
macam gelung funfair dah rupa bila dia pegang gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:04 PM | Show all posts
Gelang tangan, rantai tangan, rantai leher sekarang gelang leher.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:09 PM | Show all posts
azie5zoe replied at 7-7-2022 12:04 PM
Gelang tangan, rantai tangan, rantai leher sekarang gelang leher.

agaknya nak senang kira, upah cincai, satu gelung 100k esok nak bahagi senang
ayang 50 gelung habang 10 gelung
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:23 PM | Show all posts
esbok replied at 7-7-2022 12:09 PM
agaknya nak senang kira, upah cincai, satu gelung 100k esok nak bahagi senang
ayang 50 gelung haba ...

Kalau gaduh ke cerai berai ke dah boleh bahagi - bahagi kan. Nak pilih - pilih pun takyah sebab patern sama jer. Kira cincai jugak.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 12:28 PM | Show all posts
Lantak la pattern tak cantik ka apa ka, asal original emas 999 @ 916.
Nilai yang org nak. Zaman2 nilai duit selalu merundum ni, emas berharga
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka konsep macam ni, bagi benda yg berguna utk masa depan. Sama macam kat turki, bagi emas utk pengantin. Sesak2 boleh gadai. Takpun buat style mat saleh, bagi list barang yg mereka nak. Kalaulah culture ni boleh diterap dlm masyarakat kita kan. Tapi haruslah nanti dikecam acik2 bawang rangers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ilacantik replied at 7-7-2022 12:36 PM
I suka konsep macam ni, bagi benda yg berguna utk masa depan. Sama macam kat turki, bagi emas utk pe ...

Mmg la kena kecam.malaysia adat lain.kt sini pengantin jemput tetamu utk kongsi rezeki,bukannya mintak bayaran sbb nk dh jemput makan.
Bila dah meminta2 siap bg list barang yg pengantin nak dh jd mcm xikhlas jemput org dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnyaa dapat emas. Aku nak beli gelang below 2000 pun x cukup bajet lagi. Adakah harga emas akan turun lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:45 PM | Show all posts
untung la dpat barang berharga..ni x dapat kondom la ubat kuat la bodo je mamat2 rempit ri tu..patut la otak payah nak berkembang asyik pkir ngesek je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:06 PM | Show all posts
mesti kak ros jeles
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Buleh susun kat tengkuk mcm tribe Vietnam nih...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 8-7-2022 07:31 AM
green~tea replied at 7-7-2022 11:09 PM
Buleh susun kat tengkuk mcm tribe Vietnam nih...


Tribe Vietnam?  mana dapat info ni ? Aku hanya jumpa puak puak wanita tengkok  panjang ni kat utara thailand, Chiangmai dan Chiangrai dan sempadan  Thailand dan Myanmar.  Asal mereke ini dr perkampungan Burma. Ada yg dibawak ke utara Thailand  disediakan penempatan utk dijadikan prodak pelancongan Thailand. Kesian pompuan pompuan ni dari kecik dan dipaksa guna gelung besi ni sampai tua hanya utk kayakan tourism Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ilacantik replied at 7-7-2022 12:36 PM
I suka konsep macam ni, bagi benda yg berguna utk masa depan. Sama macam kat turki, bagi emas utk pe ...

org cina pon bg emas kan untuk relatives..Melayu pon ok pe,kasi cash terus.sala kaut..org xmengata pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus idea ni , kalau sesak boleh gadai , macam yang prof uitm suggest gadai gelang emas beli laptop
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 8-7-2022 08:25 AM
akusukaq replied at 8-7-2022 07:30 AM
Tribe Vietnam?  mana dapat info ni ? Aku hanya jumpa puak puak wanita tengkok  panjang ni kat utar ...


Gugel.. tribe tengkuk panjang... tak sangka ada kat Vietnam jugak

Tp seksa kena pakai mende nih... kalo bukak gelang tengkuk tu cemana support kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054978 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list