Aktor, Shahrizal Jaszle Jasmin atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle nekad menurunkan berat badan dalam tempoh 23 hari dengan mengamalkan diet 'human chorionic gonadotropin' (HCG) dengan hanya mengambil 500 nilai kalori sehari sepanjang tempoh berkenaan. Memetik laporan mStar, Shahz menyedari penampilan adalah salah satu faktor utama untuk terus kekal relevan dalam industri seni lakon menyebabkan dia gigih menurunkan berat badannya sebanyak 14 kilogram (kg). "Sebelum ini saya jarang diberi watak utama disebabkan faktor fizikal. Jadi, saya tanamkan dalam diri untuk dapatkan bentuk badan yang baik sebagai tanda kemunculan semula.
"Saya berjaya turunkan sebanyak 14 kg dari 86 kg sebelum ini. Setiap hari saya hanya makan ikan siakap yang dikukus dan brokoli. Memang rasa muak tetapi demi hendak kurus saya sanggup buat," katanya.
|
DeLuna85 replied at 8-7-2022 09:10 PM
Pernah buat HCG memang muak
Diamje replied at 9-7-2022 09:18 AM
Wow..tak pernah dengar la. Share la mcm mana diet tu.
ADVERTISEMENT