"Saya amat bersyukur dengan keputusan ini," kata penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret, di sini, melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja menerusi perbicaraan, hari ini.
Dia yang lebih dikenali sebagai Yasin berkata, keputusan ini adalah satu perkembangan positif bagi dirinya. "Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini. Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman, 50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.
"Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes dihadapi Yasin ini. "Saya harapkan rakan, teman akan terus mendoakan Yasin," katanya. Terdahulu, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu. Bagaimanapun, dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
SonicSiLandak: geng matripat mmg suka main ga ...
Normabaru replied at 6-7-2022 02:29 PM
Maafla kaka norm terpaksa menarik blk simpati kaka norm asbab kesihatan heshe setakat ni xde deterio ...
stingergrumpy replied at 6-7-2022 02:41 PM
Lagi khusyuk la bengap....bacaan tahjuid taranum yg padu.....ko nak try tak?
Cuma kalau ko a firs ...
CariMalay replied at 6-7-2022 03:49 PM
Hahahaha... dah lama aku minat komen2 kau. Biar semua manusia2 bengap terhapus sikit demi sedikit ...
ADVERTISEMENT