CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sambal Ikan Bilis Pembuka Selera!

11-8-2015 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 40225| Komen: 20

Oleh Adib Za

Kini menjadi trend sambal ikan bilis dijual dalam bentuk segera dan sedia dimakan. Namun, ia pastinya tidak dapat mengalahkan sambal bilis yang dibuat dengan air tangan sendiri, home made. Bukan begitu?


Terima kasih atas resipi yang dikongsikan oleh forumer CARI ini. Dimakan dengan nasi panas, nasi lemak dan apa sahaja, pasti terangkat! Jom cuba! - CARI Infonet

Bahan-bahan (3-4 orang):

2 senduk cili giling/kisar
2 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 mangkuk ikan bilis (saiz sederhana)
sedikit belacan (dibakar)
Suku cawan air asam jawa
Garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Ikan bilis direndam dan dibasuh bersih. Asingkan kpd dua bahagian.
2. Tumbuk sebahagian ikan bilis, bawang merah kecil, bawang putih dan halia hingga lumat, ketepikan.
3. Goreng baki ikan bilis hingga separuh garing, angkat dan toskan.
4.  Tumis bahan yang tumbuk dan juga bawang besar hiris sehingga kekuningan kemudian masukkan cili geling bersama dengan belacan, kacau hingga garing.
5. Masukkan ikan bilis yg digoreng separuh tadi, air asam jawa, gula dan garam dan kacau hingga pekat dan naik minyak.

(Sumber foto: Tiffinbiru)


(Sumber foto: seasonwithspice)


8

Bagus
28

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayuniaa 1-6-2013 11:43 PM
cili kering + bawang merah @ besar + belacan sahaja.. blend kan suma. simple tapi sedap. . tumis biar sambalnya garing2. . ikan bilis digoreng terlebih dahulu. . sedap
Quote ayuniaa 1-6-2013 11:50 PM
2 senduk cili. . 1 cawan air asam?? byk ye air asam. . .

kadang2 tak berkenan dgn sambal ikan bilis di sesetengah tempat (kedai makan terutamanya) sambalnya cair mcm air.. ikan bilis punye banyak, lembik2 x digoreng lgsg. . dan cilinya mentah tak brp masak. . tak ditumis garing2
Quote fortiori13 3-6-2013 05:39 PM
Alamak, saya tersilap, sbnanye cuma suku cawan air asam je, tq ye sbb alertkan...

sy pn tak gemar kan bilis yang lembik, sbb tu sy goreng separuh garing ikan bilis tu then baru masukkan dlm sambal n masak sambal lama2 atas api sampai kering..
Quote MistrezHermanaz 4-6-2013 10:47 AM
kalau sambal udang,boleh x pakai resepi kt atas..cuma tukarkan ikan bilis dgn udang..leh x
Quote carly_lah 4-6-2013 11:34 AM
carly nye sambal ikan bilis plak selalu yang kering... ala2 sambal itam pahang... resepinya...
cili padi
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
kicap sikit
asam keping... - mana nak cari asam belimbing kan.. susah kat kl nie...
caranya :-blend cili, bawang merah, bawang putih... kemudian panaskan kuali... masukkan semua bahan... masak sampai kering.... tahan lama dan sangat sedap makan dengan nasi panas.... ni pun hubby suka....
Quote fortiori13 4-6-2013 11:36 AM
carly_lah posted on 4-6-2013 11:34 AM
carly nye sambal ikan bilis plak selalu yang kering... ala2 sambal itam pahang... resepinya...
cil ...

mmg carly, nak dapat asam belimbing balik kampung baru dapat, tq for the recipe... akan dicuba dlm masa terdekat

Quote carly_lah 4-6-2013 12:03 PM
fortiori13 posted on 4-6-2013 11:36 AM
mmg carly, nak dapat asam belimbing balik kampung baru dapat, tq for the recipe... akan dicuba dlm ...

kan... stok kat umah pun ada lagi tue.... cuma hubby pesan jgn buat pedas sgt... dia x tahan... kalu ikutkan mmg sambal tu pedas kan
Quote fortiori13 4-6-2013 12:18 PM
Edited by fortiori13 at 23-10-2021 11:05 AM

Sy tak kuat mkn pedas, jdi sy lebihkan gula biar jadi manis...

Cili padi tu tak kesah cili padi merah atau hijau ke?
Quote fortiori13 4-6-2013 12:19 PM
MistrezHermanaz posted on 4-6-2013 10:47 AM
kalau sambal udang,boleh x pakai resepi kt atas..cuma tukarkan ikan bilis dgn udang..leh x

Blh mistrez cuma tak perlu tumbuk bawang dgn ikan bilis, just tumbuk bawang merah, bawang putih & halia je...

Quote fortiori13 4-6-2013 12:20 PM
ayuniaa posted on 1-6-2013 11:43 PM
cili kering + bawang merah @ besar + belacan sahaja.. blend kan suma. simple tapi sedap. . tumis bia ...

Betul, kalau tak ikan bilis tak goreng nnt dia lembik jd tak sedap sambal...

Quote MistrezHermanaz 4-6-2013 12:22 PM
fortiori13 posted on 4-6-2013 12:19 PM
Blh mistrez cuma tak perlu tumbuk bawang dgn ikan bilis, just tumbuk bawang merah, bawang putih &  ...

i see..bahan2 yg kt atas tu sume boleh masuk kecuali bilis je kn..belacan pon boleh ek
Quote fortiori13 4-6-2013 12:33 PM
Yup, masuk semua kecuali ikan bilis, temasuk becalacn sekali. Masak sampai garing & lebihkan gula sikit kalau suka manis...
Quote dellema 4-6-2013 10:23 PM
kalau renehkan bahan tumisan tu lama sikit pun sedap..biar sampai pecah minyak
Quote fortiori13 4-6-2013 10:31 PM
Haah, sambal ni mmg lbh sedap kalau tumis smpai pecah minyak dan garing...
Quote hanie84 21-5-2014 11:18 AM
alahai sedapnya sambal ikan bilis... teringat nasi lemak plak.. nak tambah sedap letak gula merah sikit dalam sambal tu.. lagi la bertambah nasi.. hihi
Quote cendana_am 21-5-2014 06:19 PM
salam. nak lagi sedap cuba guna gula kabung dan sedikit kicap manis.
Quote nana5788 29-5-2014 01:00 PM
cendana_am posted on 21-5-2014 06:19 PM
salam. nak lagi sedap cuba guna gula kabung dan sedikit kicap manis.

Sy pun letak gula kabung kalo masak sambaltumis. Lagi sedap dan sambal kurang pedas. Masak lama biar sampai pecah minyak
Quote matahari8011 12-6-2014 06:26 PM
tumis cili klu betul2 garing sampai pecah minyak, mmg djamin sambal bilis akan sedap..
Quote iujuin 14-6-2014 09:00 AM
Wah menarik !!! Tq for the resipi~~

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.112960 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top