|
Rody Kristal yang kini berambut pendek menegaskan tidak akan kekal dengan imej itu kerana lagi selesa berambut panjang.
Rody, 36, atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkata, dia terpaksa menjalani rawatan menanam rambut pada awal Februari lalu disebabkan masalah rambut rosak teruk yang dialaminya. "Saya tampil dengan rambut pendek sekarang kerana mengalami masalah rambut rosak yang memerlukan saya menjalani proses menanam semula rambut yang memakan belanja RM6,000. "Rawatan tanam semula rambut ini terpaksa saya buat sebagai langkah terakhir untuk mengatasi masalah rambut rosak teruk dialami selama ini. Lagi pula, saya tak boleh terus biarkan rambut ini rosak tanpa membuat rawatan," katanya.
Kata pemain gitar utama kumpulan Kristal itu, jiwa pemuzik rock yang sebati dalam dirinya tidak memungkinkan dia kekal dengan imej rambut pendek itu.
|
CariMalay replied at 6-7-2022 04:10 PM
Apa yang nampak muda bila rambut pendek? Aku tengok nampak tua je
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.175670 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.