CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prank Tarik Tudung, 2 Wanita Dalam Video Bila Nak Munculkan Diri?

6-7-2022 08:27 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5249| Komen: 65|Original author: LilRose

Polis dilaporkan telah menerima laporan berhubung video 'prank' tarik tudung dua wanita seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.



Tangkap layar kejadian di Twitter

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah yang mengesahkan mengenai perkara itu berkata, lelaki yang memuat naik video itu telah tampil membuat laporan polis pada Isnin.

"Kita sedang mengesan dua wanita tersebut untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian itu," katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit merancang perbuatan tidak senonoh itu demi mendapatkan perhatian di media sosial.



Kredit video: Twitter

Justeru, dia pada Isnin memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video eksperimen sosial itu di saluran YouTubenya.

Manakala dua wanita terbabit yang juga rakannya, dalam video sama turut memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung dengan rakaman berkenaan.

Mesti dia sejenis lelaki yang akan mentertawakan saja ibu, kakak atau adik perempuannya diperlakukan sedemikian oleh orang lain.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 6-7-2022 08:52 AM
Herrmm.. dah dapat agak dah pmpuan2 tu kawan dia.. sbb reaksi tu x real.. mcm boleh rilek lagi.. aku dpt bygkan kalau aku yg kena.. memang kena habis dah jantan tu.. aku takkan maafkan smp mati.. BODOH
Quote Simunggu 6-7-2022 08:58 AM
tak ada benda lain nak buat???
Quote esbok 6-7-2022 09:09 AM
kekadang tak harap sangat semua orang pandai, cuma jangan lah tunjukkan sangat ceteknya pemikiran
Quote Denco 6-7-2022 09:14 AM
dpt kat aku, siap la ko mau berdas2 penampo dpt , siyal jah perangai
Quote salimrock 6-7-2022 09:25 AM
RinIna replied at 6-7-2022 08:52 AM
Herrmm.. dah dapat agak dah pmpuan2 tu kawan dia.. sbb reaksi tu x real.. mcm boleh rilek lagi.. aku ...

kalo kawan2 dia pn, harap di dakwa sekali,  sebab kontent bodoh, takut lepas ni ada orang ikut pula
Quote venom1 6-7-2022 09:27 AM
mula2 tarik tudung lepas ni londehkan seluar pulak
Quote azie5zoe 6-7-2022 10:00 AM
Zaman sekolah dulu kalau kawan2 usik tarik tudung pun iols boleh sentap wey..bad mood kalau tudung lari alignment inikan lagi kalau orang buat prank, boleh cabut jambul korang iols tarik.
Quote jalfa 6-7-2022 10:04 AM
Konten shj.lakonan
Quote szan 6-7-2022 10:08 AM
content bingai tak bole diajar dh....
Quote Prickford 6-7-2022 10:09 AM
Jenis takde telor, buat content prank tapi lakonan. Ujung2 buat video penjelasan sampai 2 part. Tetap la kau kena kecam dik oi. Ni kalau jadi kat iolls, kena prank tarik tudung, dah lama arwah budak ni.
Quote RinIna 6-7-2022 10:21 AM
salimrock replied at 6-7-2022 09:25 AM
kalo kawan2 dia pn, harap di dakwa sekali,  sebab kontent bodoh, takut lepas ni ada orang ikut pul ...

Ya,dakwa sekali sebab bersubahat.. manusia ada otak tapi dok jugak pilih utk bodohkan diri..
Quote cmf_PariS 6-7-2022 10:25 AM
kene kt aku mati aku kejekan
Quote mawarkhayalan99 6-7-2022 10:58 AM
laaa mangsa2 tu semua geng dia jugak ke. patut lah marah mcm tak marah. kenapa ko tak boh je bdk tu betul2.
Quote Mamason 6-7-2022 11:17 AM
Mcm org xde pelajaran... xleh nak fikir mana baik buruk.  Benda2 gini buat gurau.. tudung pulak tu... walaupun sekadar berpakat ngan kawan2...ape yg ko nak tunjukkan and sampaikan??? Motif???
Quote damsel_fiji 6-7-2022 11:20 AM
Eksperimen sosial nenek kau
Quote ladybugz 6-7-2022 11:52 AM
pernah kena dgn sorg mamat poyo di universiti dulu. i baru lepas makan kat cafeteria uni tgh duk basuh tangan tetiba dia tegur dan bgtau ade mende penting nk bgtau. i dah pelik tp sbb die tu ada satu kelas dgn i, i ikut je la ke tepi sikit dari sinki tu. tiba2, dia tarik tudung i dari depan sampai tercabut kerongsang kat bawah dagu n ternampak la tengkuk n rambut i sikit n cepat2 i tutup semula sambil rasa sangat terkejut, nak marah n rasa nk nangis. rasa mcm kene violated sgt2 dan mamat tu gelak2 je. konon kelakar la tu. ya Allah terketar tahan air mata dan marah. terus i berlari naik ke hostel dan sampai skrg i masih dont get the joke atau ape motif die buat i mcm tu sbb i bukan kawan rapat atau bercakap sgt pun ngan mamat tu. hanya sekelas shj. kalau igt balik rasa membuak2 nak marah.
Quote Artemesiaa 6-7-2022 11:58 AM
Nampak sangat lakonan tak menjadi sebab tu malas layan di next kan je orang gila perhatian macam tu
Quote She-Ra 6-7-2022 12:01 PM
RinIna replied at 6-7-2022 08:52 AM
Herrmm.. dah dapat agak dah pmpuan2 tu kawan dia.. sbb reaksi tu x real.. mcm boleh rilek lagi.. aku ...

tindakan refleks iols agak ganas hoccay
kaki terus menuju ke nyawa lelaki..
kalau tgh pegang payung, mau ala kassim jd nya + lebam bdn kena tibai
Quote Mary_jane 6-7-2022 12:15 PM
Menggelupur tak masing2 nak kena siasat. For the sake of content kan? Dah rasa terpaling cool lah tu main tarik2 tudung pompuan. Ni gurauan zaman budak sekolah kau bawak ke zaman dah berbulus.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.181177 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top