Rakyat Britain semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin melonjak apabila harga mentega Lurpak mencecah 7.25 paun (RM38) seketul di pasar raya di seluruh negara.
Justeru, pembeli yang gemar membeli jenama mentega kegemaran mereka berkemungkinan berfikir dua kali untuk membelinya ketika harga baharu kini sudah melebihi 7 paun (RM36) seketul. Lapor Daily Mail, jenama mentega mewah ini pertama kali dihasilkan di Denmark pada 1901 dan kini menjadi makanan ruji bagi jutaan isi rumah di seluruh negara.
Namun, kali ini isi rumah mungkin akan mencari mentega jenama lain berikutan kenaikan harga baharu ini. Gambar yang disiarkan di kedai atas talian Sainsbury menunjukkan seketul mentega masin jenama sama seberat 750 gram (g) berharga 7.20 paun (RM38) pada minggu ini. Berita mengenai kenaikan harga mentega ini muncul di tengah-tengah krisis kos sara hidup paling buruk sejak tahun 1970-an yang mana pakar memberi amaran krisis mungkin bertambah teruk. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sainsbury, Simon Robert pada hujung bulan lalu memberi amaran bahawa krisis kos sara hidup yang lebih teruk berbanding sebelum ini. Katanya, ramai pelanggan sedang berdepan 'masa sukar' dan kesan krisis akan mengambil masa lama berbanding seperti yang diramalkan. "Harga makanan, bahan api, baja, dan buruh akan melonjak. Kami melihat kesan kos besar yang tidak akan hilang tempoh singkat," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
Firenzza replied at 6-7-2022 08:21 AM
Brand lurpak ni halal ke? Dh lama guna beli kt aeon 15 hengget jerr
FOTHER-MUCKER replied at 6-7-2022 08:50 AM
Jikalau jenama lain murah sahaja £1 £2 tapi tak boleh terima
FOTHER-MUCKER replied at 6-7-2022 08:39 AM
Dah berpuluh tahun saya memang guna butter ni untuk roti bakar.
Asal dulu 500G £2.45 sekarang dah ...
Orenn1 replied at 6-7-2022 12:51 AM
Baru semalam tok laki beli tiga buku lupark simpan dlm fridge, act to be honest lidah aku ni tak blh ...
Orenn1 replied at 5-7-2022 05:01 PM
Lidah org kaya kut, kita ni klu bagi planta sapu roti pun jalan lol kohkohkohhhh
Prickford replied at 6-7-2022 09:05 AM
Butter2 yg mahal memang sedap. Kalau pada dasar kita macam rasa, ah sama je butter kan. Tapi try m ...
anony-mous replied at 5-7-2022 05:03 PM
Aduh terus rasa nk pegi cari. I suka butter yg sedap n salted
Orenn1 replied at 6-7-2022 01:12 AM
Maybe sbb time aku makan bfast kdg2 curi2 tgk hp klu tok laki tak marah so tak dpt menghayqti kes ...
Prickford replied at 6-7-2022 09:18 AM
Samalah mak iolls. Masih pakai margerine & brand buttercup. Sedap je. Kalau iolls lebih prefer Anc ...
ADVERTISEMENT