Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Tan Sri S. Subramaniam, 78, yang meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam tadi.
Beliau menyifatkan bekas Timbalan Presiden MIC itu banyak menabur bakti kepada Keluarga Malaysia. Menurut Ismail Sabri, mendiang juga banyak berjasa kepada negara semasa berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di tiga kementerian iaitu Pertanian, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Perumahan dan Kerajaan Tempatan. “Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mendiang dan saya berharap semoga mereka tabah atas kehilangan orang yang tersayang,” katanya di laman sosial.
Difahamkan, mendiang sebelum ini terlantar hampir 11 tahun selepas diserang angin ahmar dan acara pengebumian akan diadakan di rumah keluarganya di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis ini. Sumber: KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT