Datin Seri Noniswara meluahkan rasa kecewa apabila ada individu menggunakan nama ‘budak jongos’ di Instagram mempertikaikan penggunaan gelaran Datin Seri untuk dirinya.
Menurut Noniswara, 53, gelaran tersebut sah digunakan kerana sepanjang tujuh tahun perkahwinan dia bukanlah isteri kedua seperti yang didakwa individu tersebut. "Saya tidak bermadu dan bukan gila gelaran. Dari suami yang dahulu pun saya sudah bergelar Datin. Apa hairan sangat? "Saya Datin Seri sebab dalam sijil ada nama saya seorang sahaja. Masa ambil pingat pun saya yang bersama," katanya.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkongsi luahan hatinya itu menerusi Instagram pada Selasa. Untuk rekod, Noniswara mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Dr Sheikh sejak tujuh tahun lalu. Menjawab beberapa persoalan lain, Noniswara berkata suaminya itu sudah lama berpisah dengan bekas isteri dan hubungan mereka bermasalah sebelum dirinya mengenali lelaki tersebut.
|
TabletSusu replied at 5-7-2022 06:11 PM
"Kalau ada gambar bersama pun sebab majlis kahwin anak-anak dan ketika sambutan hari raya ketiga. Am ...
addamnor replied at 5-7-2022 06:15 PM
Tak tidur bersama tidak bermaksud sudah cerai
And anak2 nya kecil sebesar darjah satu darjah dua ke ...
ADVERTISEMENT