Pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari tampil memberi respons terhadap kenyataan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar mengenai isu kenaikan harga barang baru-baru ini.
Reaksi berbaur sindiran itu dikongsikan Fadzil menerusi akaun Instagramnya dengan cadangan makanan yang lebih berkhasiat. “Kurangkan sikit makan telur, banyakkan makan kismis,” katanya ringkas. Meninjau ruangan hantaran tersebut, rata-rata terhibur dengan kapsyen Fadzil dan ada juga pengguna IG yang menyifatkan pelakon itu suka menyelit dalam isu semasa. “Kenapalah kena turut serta dalam isu semasa adui (keluhnya). Suka menyelit abang ini,” komen seorang pengguna.
|
ADVERTISEMENT