CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 Tahun Kahwin Baru Tahu Isteri Kaki Syabu-Anak Dah Empat, Suami Buntu Nak Cerai Ke Macam Mana?

5-7-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1771| Komen: 15

Memasuki tahun ke-13 melayari bahtera rumah tangga, lelaki ini tidak pernah menyangka bahawa isterinya merupakan seorang penagih dadah.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dia juga buntu apabila rahsia itu baru terbongkar selepas sekian lama mereka hidup bersama.

"Apa nak buat kalau lepas 13 tahun kahwin, hang baru tahu perangai sebenar isteri hang? Dah kahwin anak dah empat orang, baru dapat tahu isteri hang hisap syabu," dedah lelaki itu.


Foto: CNB

Dia berkongsi luahan hatinya menerusi satu kiriman mesej kepada akaun Twitter @pedoqpop yang mempunyai lebih 214,000 pengikut.


"Harap ada antara pengikut hang yang berpengalaman. Apa patut buat. Ada rawatan ke?

"Ke kena hantar ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga?" soal lelaki itu lagi.

Tangkap layar mesej luahan lelaki itu yang dikongsi ke Twitter pada Isnin petang turut meraih perhatian netizen.

Selain memberi cadangan agar dia berpisah, ramai netizen turut meminta lelaki itu tabah dalam membantu isterinya untuk keluar daripada ketagihannya.

"Kalau dah kaki syabu nak patah balik memang susah. Lebih baik angkat kaki blah.

"13 tahun baru kantoi maknanya perwatakan dia baik la. Bukan jenis tak dapat barang je mengamuk sana-sini. So abang kena support suruh dia tinggalkan perlahan-lahan InshaAllah boleh.

"Isteri tu tahu ke suami dah tahu? Dadah ni payah. Kalau memang tuan badan nak berubah mungkin senang sikit. Mulakan dengan berbincang, cari kata sepakat. Cerai tak selesaikan masalah.

"Cuba situasi tu kita terbalikkan. Isteri dapat tahu suami kaki dadah. Tak ada dah nak bincang bincang, confirm semua suruh mintak cerai je.

"Bantu la isteri berubah, takkan tiba-tiba nak tinggal dah anak empat," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang individu yang bertugas dengan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) turut berkongsi pendapatnya berkenaan masalah berkenaan.

"Hantar dia kepada rawatan private. Hantar kepada Pengasih. Sebab AADK akan ada rekod kekal. Dan susah nak dapat lawatan atau outing.

"Fasiliti swasta akan fokus kepada penyembuhan dan membina semula kepercayaan dan hubungan dengan keluarga. Dia ada anak. Kalau dia tidak mendapat bantuan, keluarga itu mungkin kehilangan isteri dan ibu.

"Saya pun baru je refer client masuk Pengasih. Dia ada dua anak. 17 tahun ketagihan dadah. Suami pun sama. Dia sedang dalam proses bercerai dan mendapatkan rawatan pada masa sama," ujar individu yang tidak mendedahkan identitinya itu.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 5-7-2022 10:33 AM
org ppuan ok je boleh bela kalau suami kaki syabu,
isteri tu kaki dadah, xkan terus blah je x usaha dulu, cuba la rawat,ko lelaki suami ketua keluarga kena la bertindak sebagai pemimpin,
Quote rosedemon 5-7-2022 11:24 AM
gila ah 13 tahun baru kantoi. bijak tol bini ko ni
Quote Artemesiaa 5-7-2022 11:29 AM
Ya ke lepas 13 tahun baru tahu ke sebab dah ada alasan lain
Quote chinta89 5-7-2022 12:50 PM
lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baru kantoi
Quote chinta89 5-7-2022 12:50 PM
lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baru kantoi
Quote SonicSiLandak 5-7-2022 01:07 PM
bangsa etis
Quote tompie 5-7-2022 01:38 PM
seriousla...
ke sebab suka2 je isap.. ke isap sebab nak melayan laki dia punye perangai??
stres2 ambik ais..
Quote ellejo 5-7-2022 01:43 PM
ko nak kencing sapa bang? ni dadah kot bukan koko jelly.
Quote star_karat 5-7-2022 03:43 PM
Bini dia baru hisap lah. Kawin memang 13 tahun. Statement laki pun biol. 13 tahun main ice, gigi semua rongak. Mata terjojol2. Bini kau mcm tu ker?
Quote delsmomm 5-7-2022 04:43 PM
cerita kak hasanah ke ni..
13 thn siap anak 4...
kalau 13 thn hidup ok je, kenapa skrg baru nk gelabah,..
ke cari alasan..
Quote Belibis 5-7-2022 04:49 PM
rosedemon replied at 5-7-2022 11:24 AM
gila ah 13 tahun baru kantoi. bijak tol bini ko ni

Rasanya bukan bininya bijak..tapi suami yang terlalu vodo.
Quote dani-rox 5-7-2022 04:55 PM
berbanggalah bang, ko dpt bad girl
Quote Suchi 5-7-2022 05:23 PM
Bela jelaa bukankah kau sudah berjanji dengan Tuhan utk sehidup semati dengan binikmu itu saat kalian disatukan dulu?

Quote putericahaya999 5-7-2022 07:32 PM
Padahal ada skandal kan ....
Quote Kurex 5-7-2022 07:34 PM
Paling bangsat bila semua benda nak tanya dekat marhaen yg rata2 bodoh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.070084 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top