Selepas Ain Edruce tampil berganding dengan Izzue Islam mengendalikan program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) bagi musim kelima, pengacara itu sekali lagi diberikan kepercayaan bagi mengemudi program Melodi.
Tawaran untuk mengacarakan dua program besar itu menyebabkan timbulnya desas-desus yang mengatakan Ain adalah anak emas atau artis kegemaran stesen televisyen TV 3.
Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Nurulain Edruce itu bagaimanapun menganggap peluang itu adalah rezeki selepas melahirkan anak pertamanya pada tahun lalu sekali gus menafikan khabar angin tersebut.
"Mana ada saya ni anak emas. Sebenarnya, ada banyak lagi pengacara yang berpotensi di luar sana. Mungkin ini dinamakan rezeki saya yang banyak dengan TV 3.
"Alhamdulillah, selepas bersalin rezeki saya memang lain macam. Itulah katanya rezeki suami dan anak," kata Ain kepada mStar.
Dalam pada itu, mengulas pengalaman pertamanya mengendalikan Melodi, kata wanita berusia 31 tahun itu, dia gementar mengendalikan program itu secara langsung kerana bimbang tidak dapat menyempurnakan tugasnya dengan baik.
"Gembira dan syukur kerana selama ini saya memang meletakkan impian untuk menjadi pengacara Melodi. Sejujurnya, rasa gementar itu memang ada kerana saya tidak tahu boleh melakukannya atau tidak.
"Setiap pengacaa itu mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan rancangan. Cara pengacaraan saya juga mungkin berbeza dengan pengacara sebelum ini," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Seriously klu tak kerana character dan kecantikan dia.. dia ni mengacara biasa bukan tak sedap tapi biasa... Aura tak berapa kuat macam Kok Ogy dulu mengacara Melodi even KE pun ok mengacara Melodi
Amboiii semua komen mengutuk ain bg aku ain ni best je...aku suka je kat dia...cuma mmg takde sapa pengacara blh lawan kak ogy...teringat masa kecik2 tgk melodi....tergelak² tgk cara ogy...ogy mmg berbakat...sampai skrg takde pengganti ogy lg