CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kongsi Video Mengaibkan, Hukumnya Haram

5-7-2022 04:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1058| Komen: 0|Original author: Tatod

Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim


Timbalan Dekan Jaringan Fakulti Kemajuan Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menegaskan bahawa haram hukumnya jika berkongsi video yang membawa kepada keaiban, kerosakan akhlak dan keburukan yang boleh ditonton jutaan orang.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Izhar Ariff memberikan reaksi itu ketika dia diminta untuk mengulas mengenai penularan video 'prank' tarik tudung wanita yang dimuat naik seorang YouTuber dikenali sebagai Nick.


Menurut Mohd Izhar Ariff, dia kesal dan sedih selepas menonton rakaman tersebut kerana ia dilakukan oleh YouTuber Melayu beragama Islam.


"Budaya prank itu datang dari Barat. Jadi, kita sebagai masyarakat matang dan berpegang kepada syariat Islam perlu tegas.

"Mangsa prank yang dipermainkan itu perlu membuat laporan polis dan gunakan saluran undang-undang dengan betul bagi memberikan pengajaraan kepada pelaku supaya tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah seorang wanita Muslimah.

"Jika mangsa berdiam diri, maka budaya itu akan merebak. Ia amat penting bagi menutup pintu yang membawa kepada kerosakan dengan melaporkan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Tambahnya lagi, walaupun 'prank' dan rakaman video itu sudah dirancang, hukumnya tetap haram kerana melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam sekali gus mengajar generasi muda akhlak yang tidak baik.

"Perbuatan merelakan perlakuan haram dan bercanggah dengan undang-undang hingga jatuhkan maruah serta kredibiliti adalah tidak dibenarkan syarak.

"Ini kerana Islam menyuruh kita mengajak kepada kebaikan dan bukannya keburukan. Budaya prank itu pastinya merosakkan, tidak bertamadun dan bercangga dengan adat orang Melayu serta syariat Islam," katanya yang berharap mana-mana YouTuber mahupun pempengaruh memuat naik video yang lebih bermanfaat. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.033381 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top