KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang bapa memperkosa dan meliwat anak kandungnya pada tiga tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Nooriah Osman turut memerintahkan tertuduh berusia 50 tahun tersebut dijatuhi hukuman sebatan sebanyak 22 kali. Lelaki yang sudah berpisah dengan ibu mangsa menghadapi tiga pertuduhan iaitu dua memperkosa dan satu meliwat anak perempuannya berusia 15 tahun. Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.
Kedua-dua perbuatan tersebut masing-masing dilakukan pada pukul 12 tengah hari, 14 Ogos 2019 dan pukul 2 petang, 26 November tahun sama. Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa meliwat mangsa di lokasi dan masa sama pada 26 November 2019. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (c) akta sama. -CARI Sumber: Kosmo
|
Minami2013 replied at 4-7-2022 06:49 PM
Patut di sula.. potong anu tu. Biar siksa sampai mampus.
SonicSiLandak: bangsa etis kaki mendubor
takayama replied at 4-7-2022 07:00 PM
kenapa diblurkan si pesalah ni
dia bukannya bawah umur pun
selamat mereput dan tidur meniarap
ADVERTISEMENT