LONDON – Seorang bayi lelaki di Britain dimanjakan dengan kemewahan apabila dikatakan hanya mandi dengan susu dan madu, menghisap puting diperbuat daripada emas yang berharga £1,000 (RM5,334) serta memiliki banyak pakaian berjenama, lapor portal berita MailOnline
Ibu kanak-kanak berkenaan, Kasey Akram, 32, berkata, dia suka memanjakan anak lelakinya, Jareem yang berusia setahun. Suri rumah sepenuh masa itu telah membelanjakan beribu-ribu pound untuk anaknya dan berkata bahawa dia tidak boleh berhenti melakukannya. Beberapa barangan milik Jareem yang paling mewah termasuk seutas rantai Versace berharga £750 (RM4,001), gelang bertatahkan berlian berharga £925 (RM4,934) serta puting susu emas.
“Sebaik sahaja mempunyai anak lelaki, obsesi saya berubah daripada menjaga penampilan kepada memberi tumpuan untuk anak. “Dia kanak-kanak lelaki paling comel di dunia. Saya bertengkar dengan rakan-rakan kerana jumlah wang yang dibelanjakan untuk Jareem. “Saya akan memakai pakaian terpakai manakala dia memakai baju-T berharga £50 (RM266),” kata Kasey. Wanita itu yang sebelum ini bekerja sebagai penari dan model berkata, dia pernah memiliki hasrat untuk tidak mempunyai anak, namun semua berubah selepas dia mengandungkan Jareem pada 2020. -CARI Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 4-7-2022 03:13 PM
Selamat membesarkan firaun. Firaun dulu2 pun mandi susu madu segala kan.
aechae replied at 4-7-2022 07:19 AM
X melekit ke??? Ke metafora je susu madu sume tu?
aechae replied at 3-7-2022 11:19 PM
X melekit ke??? Ke metafora je susu madu sume tu?
dua_chzy replied at 4-7-2022 03:24 PM
Tatau la in sheols kes sebab viral2 ni bukan boleh percaya sangat. Aiol pun tatau gimana rasanya m ...
FOTHER-MUCKER replied at 4-7-2022 02:25 AM
Shower gel / cream yang ada milk dan honey tu mungkin. Yang mahal.
bakingsoda replied at 4-7-2022 10:55 AM
piraun mandi susu tu guna susu ape?
ADVERTISEMENT