Wanita yang dikaitkan kekasih kepada pelakon Syamsul Yusof, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Puteri Sarah, selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad di sini hari ini. “Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan. Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut peguam itu, mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes selanjutnya. Dalam pada itu, peguam itu turut memberitahu mahkamah mengekalkan perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.
|
antiQue replied at 4-7-2022 01:15 PM
PS ni dah confirm kan ke semua akaun socmed tu IK punya?
lanacondor replied at 4-7-2022 02:02 PM
Mcm bodoh je berebut jantan..yg sebetulnya sb berduit.cuba jantan kje cashier pasaraya ke guard ke e ...
lanacondor replied at 4-7-2022 02:02 PM
Mcm bodoh je berebut jantan..yg sebetulnya sb berduit.cuba jantan kje cashier pasaraya ke guard ke e ...
lanacondor replied at 4-7-2022 02:02 PM
Mcm bodoh je berebut jantan..yg sebetulnya sb berduit.cuba jantan kje cashier pasaraya ke guard ke e ...
ADVERTISEMENT