Memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi dengan menganggotai kumpulan Dewi sekitar 1998, pemilik nama pentas Ieda Moin kemudian menubuhkan kumpulan duo yang diberi nama Moin bersama adik lelakinya, Eddy pada 1999.
Pada zamannya, lagu dendangan mereka berjudul Kau Yang Ku Sayang sangat mendapat tempat di hati pendengar. Namun keberadaan Moin dalam industri tidak bertahan lama. Ieda kemudiannya terjun ke bidang lakonan dan cukup dikenali sebagai pelawak, impak keistimewaan yang dimilikinya iaitu melatah. Ieda atau nama lengkapnya Siti Haida Abd. Moin, 43, ketika ditemui Pose! baru-baru ini sempat berkongsi tentang penyakit latah yang dianggap sebagai rezeki kurniaan Allah SWT walaupun terpaksa menjadi ‘badut’ untuk menghiburkan peminat.
Sejujurnya, Ieda bersyukur kerana disebabkanpenyakit latah itu, rezekinya dalam bidang seni sebagai pelakon dan juga pelawak mencurah-curah. “Terus-terang, disebabkan melatahlah saya dapat banyak tawaran bekerja,” jelasnya.
|
azie5zoe replied at 4-7-2022 04:08 AM
Bagi iols kan, artis yang kuat melatah tetapi tetap cute Amy Mastura.
silampumeja replied at 4-7-2022 12:14 PM
And beto khusyairi... Lalalalala
nicolebaby replied at 4-7-2022 12:34 PM
herlok jugak shuben sheols yer
ADVERTISEMENT