CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1218|Reply: 13

Ieda Moin Dapat Job Sebab Melatah, "Rasa Mcam Badut Nak Hiburkan Orang"

[Copy link]
Post time 4-7-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi dengan menganggotai kumpulan Dewi sekitar 1998, pemilik nama pentas Ieda Moin kemudian menubuhkan kumpulan duo yang diberi nama Moin bersama adik lelakinya, Eddy pada 1999.


Pada zamannya, lagu dendangan mereka berjudul Kau Yang Ku Sayang sangat mendapat tempat di hati pendengar.


Namun keberadaan Moin dalam industri tidak bertahan lama. Ieda kemudiannya terjun ke bidang lakonan dan cukup dikenali sebagai pelawak, impak keistimewaan yang dimilikinya iaitu melatah.


Foto: IG




Ieda atau nama lengkapnya Siti Haida Abd. Moin, 43, ketika ditemui Pose! baru-baru ini sempat berkongsi tentang penyakit latah yang dianggap sebagai rezeki kurniaan Allah SWT walaupun terpaksa menjadi ‘badut’ untuk menghiburkan peminat.


Sejujurnya, Ieda bersyukur kerana disebabkanpenyakit latah itu, rezekinya dalam bidang seni sebagai pelakon dan juga pelawak mencurah-curah.


“Terus-terang, disebabkan melatahlah saya dapat banyak tawaran bekerja,” jelasnya.




  



Pada mata umum, orang mungkin menganggap Ieda sebagai seorang penghibur serba boleh. Jenaka yang dipersembahkan kepada penonton mencuit hati sesiapa sahaja dengan aksi latahnya yang menghiburkan.


Namun, jauh di sudut hati, Ieda sebenarnya mengakui pernah berasa seperti ‘orang bodoh’ untuk membuatkan orang lain terhibur.


“Memang perasaan rasa seperti badut itu ada. Apa yang membuatkan saya kurang senang bila orang kata saya dibayar untuk melatah.




  



“Saya melatah bukan dibuat-buat. Kalau saya sengaja buat-buat melatah, saya tidak akan membahayakan nyawa orang lain, bahkan mengancam keselamatan sendiri.


“Orang ramai mungkin tidak tahu, pernah beberapa kali saya membahayakan nyawa sendiri kerana diusik pihak yang mahu melihat saya melatah. Saya hampir dilanggar bas atau terjun dari atas bangunan,” katanya.




  



Sebagai manusia normal, Ieda juga mempunyai hati memohon kepada orang ramai supaya menghormati dirinya bukan sebagai artis, tetapi sebagai seorang insan bernyawa.


Lumrah manusia juga memiliki sikap marah. Namun Ieda bukanlah sejenis manusia yang suka melepaskan kemarahannya jika kerap diusik untuk melatah. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 11:14 AM | Show all posts
mmg macam badut pun.... sesekali melawak tu okay laa...

tapi nak buat camna kann... itu periuk nasi kann...
berlakon2 melatah pun bukan ada orang paham kannn...
sbb sumber rezeki kannn...

layan aja la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:08 PM | Show all posts
Bagi iols kan, artis yang kuat melatah tetapi tetap cute Amy Mastura.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
azie5zoe replied at 4-7-2022 04:08 AM
Bagi iols kan, artis yang kuat melatah tetapi tetap cute Amy Mastura.

And beto khusyairi... Lalalalala
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:20 PM | Show all posts
silampumeja replied at 4-7-2022 12:14 PM
And beto khusyairi... Lalalalala

Haa..Beto pun...kawan baik dia yang kaki latah juga si Azhan Rani.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:34 PM | Show all posts
herlok jugak shuben sheols yer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 12:36 PM | Show all posts
Latah carut yg berdosa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:37 PM | Show all posts
bkn dia mengacara MHI pagi2 ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nicolebaby replied at 4-7-2022 12:34 PM
herlok jugak shuben sheols yer

Itu la pasal...2 kali dah si moin ni naik pelamin. Laki terima seadanya je
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:41 PM | Show all posts
best la dia ni berlakon..suka je
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni rajin cari duit. So iols ada soft spot kat dia walaupun iols tak suka lawak latah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
latah pun latah lahh. yg penting, jgn duk menunggang agama dh lah ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kadang tgk org yg melatah ni. Letih lahh. Yg suka mnyakat tu pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:24 PM | Show all posts
kdg2 sian gak klu smpai tahap melampau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.117820 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list