CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doakan Selamat Pergi Dan Balik, Nelydia Senrose Dan Suami Tunai Haji

4-7-2022 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8253| Komen: 78

Selepas menjadi tumpuan berhijab sekembalinya dari menunaikan umrah dan kontroversi buka tudung di Bali, pelakon Nelydia Senrose dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji.


Nelydia yang berangkat Mekah bersama suaminya, Mohd. Hafez Halimi pada hari ini menyifatkan panggilan haji yang diterimanya adalah anugerah terindah buat mereka.

Foto: IG

“Saya dan suami dengan penuh rasa kesyukuran, gembira dan tawaduk atas kebesaran Pencipta yang Maha Pengasih dan Mengasihani yang mengizinkan kami menjadi tetamu Allah bagi menunaikan haji.

“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Segala yang saya hajatkan. Semua yang saya impikan.


“Apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga ke akhir hayat,” tulisnya dalam Instagram.



Sehubungan itu, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, dengan penuh rasa rendah diri memohon kemaafan kepada semua yang mengenali dirinya.

“Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemafaan kepada semua yang mengenali saya.

“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang disedari mahupun tanpa sengaja, terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami,” tulis Nelydia.

Pelakon drama Khilaf Asmara itu memohon doa orang ramai agar perjalanan dan urusannya untuk menunaikan haji dipermudahkan.


“Saya mohon dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur,” tulisnya yang turut berkongsi gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Mekah.

Terdahulu Nelydia menarik perhatian apabila mengenakan hijab sekembalinya dari menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.


Nelydia bagaimanapun membikin kejutan apabila membuka tudung ketika bercuti di Bali, Indonesia bersama keluarganya pada Jun lepas. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Geeayden 4-7-2022 10:53 AM
Semoga urusan menunaikan ibadah haji dipermudahkan oleh Allah.
Quote stingergrumpy 4-7-2022 11:09 AM
Bila dah pulang nanti sila posing barang feww shots...

@MatDeghem bisa baca renung nilai samada haji yg mambrur atau tidaknya....? Atau paling lambat pun bagi dia seminggu dua selepas kepulangan dari haji ini utk nilai dgn penuh confident...


Quote miss_perfect 4-7-2022 11:17 AM
Bestnya muda² dapat buat haji.
Semoga dianugerahkan haji yang mabrur.
Quote dejure 4-7-2022 11:18 AM
Sekali pergi sbb buat program tv mcm si nabil tu..lps tu nak acah2 alim balik haji.puiiii
Quote lasagna 4-7-2022 11:19 AM
Alhamdulillah.. moga dipermudahankan urusan Haji.. muda lagi Allah dah jemput sheol dan suami.
Quote aammyy 4-7-2022 11:20 AM
Semoga mendapat haji yg mabrur dan istiqomah.
Quote Nurul_007 4-7-2022 11:37 AM
Bila tk ada haters aman2 aja nely on off btudung.kalau ada haters terus dichop rider.apapun alhmdulilah nely smoga dpt haji mabrur dn smoga leps haji dkurnikan rezeki anak amin.
Quote Kancilkering 4-7-2022 11:41 AM
moga dipermudahkan urusan haji….
Quote silampumeja 4-7-2022 11:57 AM
dejure replied at 4-7-2022 03:18 AM
Sekali pergi sbb buat program tv mcm si nabil tu..lps tu nak acah2 alim balik haji.puiiii

kan... i never  adore the dgn haji nya  si nabil tu... tak payah taksub tinggi2..artis ke org kebanyakan ke... umrah dan haji skrg ni banyak sbb bussiness .. bayar lebih dapat lebih... tapi i still percaya itu rezekinya... i hanya adore yang kerja biasa2, tup2 tabung haji panggil ... macam sorang brader kat ofis i ni... senyap je..muka jerninh. tak kalut nak gaduh ke apa ngan org kat ofis..dept dia jenis banyak issue... tp dia tenang2... tup2 dapat pergi haji...  tak kecoh tak heboh...


semoga kita semua dipilih Allah dengan jalan baik mengerjakann haji jua..

Quote mendeluk 4-7-2022 12:04 PM
Iols kadang pelik kalau pergi haji , perlu ke caption  tu begitu  panjang mengagong ex.. pada i, lek lek sudahlar.
Quote prettyuglybabe 4-7-2022 12:10 PM
ritu nampak dia kat kedai make kelate yang taipan..
kalau bukan retis, marhaen saja rupa beliau..
Quote SonicSiLandak 4-7-2022 12:43 PM
sapa yang sudi doakan artis yach???

Quote nellyberry 4-7-2022 12:46 PM
Untungnya muda-muda dapat pegi buat Haji.
Quote Minami2013 4-7-2022 12:52 PM
Moga dipermudahkan urusan dan mendapat haji yg mabrur.
Quote ninnamina 4-7-2022 01:06 PM
alhamdulillah tahniah utk nely dan husband. semoga dipermudahkan urusan.
Quote makcun14 4-7-2022 01:12 PM
prettyuglybabe replied at 4-7-2022 12:10 PM
ritu nampak dia kat kedai make kelate yang taipan..
kalau bukan retis, marhaen saja rupa beliau..

Kan. Typical mek kelate jach tanpa filter. Dalam instagram ke main lawa
Quote Lampuled 4-7-2022 01:32 PM
Tahniah nelly and suami. Kali ni ramai yg muda² dpt kesana.
Cantik la nelly ni.  Manis je muka.
Quote mendeluk 4-7-2022 01:38 PM
prettyuglybabe replied at 4-7-2022 12:10 PM
ritu nampak dia kat kedai make kelate yang taipan..
kalau bukan retis, marhaen saja rupa beliau..

Sejujur aku cakap Nely ini tak cantik pun. Muka dia biasa2. Cantik lagi Uqasha. Aku tengok first time Uqasha memang cantik. Tapi sbb vibe Nely lagi better, so dia lebih menyerlah.
Quote Aneem 4-7-2022 02:08 PM
Lps jadi hajah pakai tudung semula?
Senyap sebulan dua, bukak tudung balik.
Begitu la ulang2 sampai AJM.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053148 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top