CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas PA Mengaku Pukul Lepas Diludah, Mak Wan Menangis Minta Tak Dihakimi

3-7-2022 04:53 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7446| Komen: 29|Original author: LilRose

Description: Badai konflik antara pelakon veteran Mak Wan Latah dan bekas pembantu peribadinya semakin memuncak.
Badai konflik antara pelakon veteran Mak Wan Latah dan bekas pembantu peribadinya semakin memuncak.

Dalam temu bual bersama program hiburan Melodi,  Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, mendakwa pernah menjadi mangsa pukul bekas pembantunya dikenali sebagai Amell itu.



Kredit foto: YouTube/TikTok

"Saya sudah beritahu dia bukan saya yang ambil duit itu. Entah siapa yang pusing cerita. Dia pukul dan tumbuk saya. Semua isu ini fasal duit," katanya hari ini.

Berikutan semua pendedahan dan laporan yang dibuat Amell serta tuduhannya terhadap Mak Wan, pelakon veteran itu meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kerana dia tidak pernah melakukan semua yang didakwa.


"Janganlah hakimi saya, saya bukan muda lagi. Memang saya pelakon tapi saya tidak buat semua perkara itu.

"Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan begitu," katanya.

Bagaimanapun, dalam temu bual berasingan, Amell mengakui pernah memukul Mak Wan atas alasan mempertahankan diri selepas diludah akibat bertanya satu soalan yang menimbulkan kemarahan aktres itu.


Kredit foto: mStar/TikTok

"Betul saya ada pukul Mak Wan, tetapi ia berlaku selepas dia ludah saya apabila saya bertanyakan satu soalan yang dia sendiri tak boleh terima.

"Saya serang dia sebab dia ludah saya," ujarnya.

Penafian Mak Wan disokong oleh kenyataan pelakon Didie Alias yang tampil menjelaskan rakaman tular menunjukkan aktres itu mengamalkan ilmu sihir adalah salah satu babak dalam sebuah drama.


Kredit foto: IG

"Janganlah aibkan orang dan biarlah polis yang menjalankan siasatan sebab bukti ada.

"Tak payah buli orang untuk kepentingan diri sendiri," katanya.



Semoga konflik ini segera terlerai dan kebenaran dibuktikan segera. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 3-7-2022 05:18 PM
Dah mcm cerita org laki bini bergaduh dn bercerai
Bila bercerai semua aib disebarkan

????????????????????
Quote kaedahnya 3-7-2022 06:02 PM
hah ni dalam melodi tadi nangis tersedu sedan tersengguk sengguk jugak
Quote Fly_over 3-7-2022 06:15 PM
Edited by Fly_over at 3-7-2022 06:17 PM

mentera jampi serapah mw seru tu dialog dalam drama bidan nek nah… (komen netizen kt socmed)
Quote nakkomenjugak 3-7-2022 07:25 PM
Popcorn time.
Quote Normabaru 3-7-2022 07:36 PM
mwl fake giler nangis…si mell plak siyal jgk
Quote CariMalay 3-7-2022 07:55 PM
Dah memang jampi tu babak lakonan, terima je la. Yg in denial sangat pahal
Quote Cokoro 3-7-2022 08:32 PM
Kalau betul mw tak salah, Si pa tu apasal jahat bebeno
Quote Carcosa 3-7-2022 09:43 PM
Bosan betul cerita dua org ni. Takde commercial value. Cepat2 habiskan boleh?
Quote sleepandream 3-7-2022 10:43 PM
didie alias dah verify khen tu babak lakonan....
soooo.....
Quote mamajawie 3-7-2022 11:41 PM
Sebab duit boleh jadi gaduh..btw momod ke super mod takde wat keje ke apsal lately banyak komen iklan spam kt forum?
Quote aemon 4-7-2022 12:05 AM
Nasib la pa hansuamg mcm ni..sejak terkait abis nama baik si latah ni.
Quote dudaberhias 4-7-2022 12:15 AM
haram iols nak cayer si PA nyer nyah... setakat pelakon jadi orang gaji dan acik kepoh je pun gigih nak sihir2 bagai ala2 mona fendi... yang cayer pun ujung2 rupanya acik2 level mak wan tu jugak...

kalau haku dah lama dah haku bomohkan ajerrr laki kaya atau director... ni hujung2 dapat watak pembantu rumah dan lalu lalang tepi kedai kopi jer...

kalau betul mak wan ada menuntut ilmu sihir... santaukan ajer si mell ni bagi busung... lepastu bagi perut tu meletop sekali... lepastu pukau dia korek siap2 tanah belakang umah untuk kambus diri sendiri...
Quote Burong_Hantuk 4-7-2022 12:43 AM
Next!!!!!!
Quote KamikuP 4-7-2022 09:22 AM
Aiyo dua2 hangsuang.. kepoh la dua2 ni...choii sgt
Quote KamikuP 4-7-2022 09:22 AM
Aiyo dua2 hangsuang.. kepoh la dua2 ni...choii sgt
Quote msdummy.2018 4-7-2022 10:12 AM
dudaberhias replied at 4-7-2022 12:15 AM
haram iols nak cayer si PA nyer nyah... setakat pelakon jadi orang gaji dan acik kepoh je pun gigih  ...

Kaka betul jua...kaka duda 1, mw 0, pa 0
Quote TomyamPuteh 4-7-2022 10:54 AM
Memang ada satu drama tu mak Wan berlakon dgn didie Alias. Diorg jd ank beranak ke adik beradik aku tak hengat. Mak Wan pulak mmg pegang watak pengamal ilmu hitam.
Quote makadek 4-7-2022 08:10 PM
Mwl ni mana pernah nya jd org kaya2 datin2
Paling kuat pun mak2 selebihnya bibik
Apa la sgt nk berjampi jampi
Quote babelina 5-7-2022 09:02 AM
skrg nie.. beriya over citer MW nape.. ko pelakon extra jer.. udah2 la tu.. kalah artis watak utama pula..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.303198 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top