CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Maut Dibaham Harimau Ketika Bermain Di Laman Rumah

4-7-2022 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1464| Komen: 6

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di India menjadi korban terbaharu serangan harimau bintang apabila haiwan itu menyeretnya keluar dari kawasan rumah, lapor akhbar The Sun.


Zubaida Jan, ditemui mati selepas keluarganya mendengar jeritan dan tangisan mangsa yang meminta tolong berhampiran rumah mereka di kampung Gopalpora, selatan Kashmir.

Dia merupakan kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat serangan harimau bintang dalam tempoh kurang sebulan. Tiga kanak-kanak lain turut terbunuh di utara wilayah itu sebelum ini.


Foto: The sun/Getty

Abang kepada mangsa dilaporkan turut diserang oleh harimau bintang sebulan sebelumnya, namun berjaya melarikan diri.

Mangsa sedang bermain di luar rumahnya pada Jumaat lalu apabila harimau bintang itu menyerangnya. Haiwan itu menerkam dan menyeret Jan ketika mangsa menjerit meminta tolong.

Penduduk tempatan yang mencari kanak-kanak itu dalam keadaan gelap telah menemui mangsa yang telah meninggal dunia akibat kecederaan selepas 30 minit.

Rakaman video menunjukkan keluarga Jan dan penduduk tempatan meratapi kematiannya.

Penduduk kampung kini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memburu haiwan itu. 

“Kami meminta pentadbiran semasa sama ada membunuh atau menangkap haiwan itu dengan menggerakkan semua sumber yang ada,” kata seorang penduduk tempatan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tricomonas 4-7-2022 09:28 AM
selayaknya binatang tu dibunuh..
tunggu komen pencinta harimau masuk backup
Quote tomiko_haza 4-7-2022 09:34 AM
dah tau ada harimau kenapa bg main kt luar jgkk..
Quote Supersirap 4-7-2022 09:39 AM
Sedihnya dengan kejadian ini, salam takziah kepada keluarga mangsa and semoga bertabah dalam mengharungi ujian ini
Quote intan244 4-7-2022 07:34 PM
tomiko_haza: dah tau ada harimau kenapa bg  ...
exactly. kalau dah bahaya mcm tu, abang pon baru nyaris selamat je, esok tu terus pindah pi pekan kalau aku.
Quote Tinot7 4-7-2022 07:36 PM
takziah kpd keluarga...
awat bg anak main luar? dah ada kes .. soh dok dlm atopon pindah lerr..
Quote SonicSiLandak 4-7-2022 09:40 PM
bangsa etis teori evolusi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039990 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top