View: 914|Reply: 6
|
Budak 6 Tahun Maut Dibaham Harimau Ketika Bermain Di Laman Rumah
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di India menjadi korban terbaharu serangan harimau bintang apabila haiwan itu menyeretnya keluar dari kawasan rumah, lapor akhbar The Sun.
Zubaida Jan, ditemui mati selepas keluarganya mendengar jeritan dan tangisan mangsa yang meminta tolong berhampiran rumah mereka di kampung Gopalpora, selatan Kashmir.
Dia merupakan kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat serangan harimau bintang dalam tempoh kurang sebulan. Tiga kanak-kanak lain turut terbunuh di utara wilayah itu sebelum ini.
 Foto: The sun/Getty
Abang kepada mangsa dilaporkan turut diserang oleh harimau bintang sebulan sebelumnya, namun berjaya melarikan diri.
Mangsa sedang bermain di luar rumahnya pada Jumaat lalu apabila harimau bintang itu menyerangnya. Haiwan itu menerkam dan menyeret Jan ketika mangsa menjerit meminta tolong.
Penduduk tempatan yang mencari kanak-kanak itu dalam keadaan gelap telah menemui mangsa yang telah meninggal dunia akibat kecederaan selepas 30 minit.
Rakaman video menunjukkan keluarga Jan dan penduduk tempatan meratapi kematiannya.
Penduduk kampung kini menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memburu haiwan itu.
“Kami meminta pentadbiran semasa sama ada membunuh atau menangkap haiwan itu dengan menggerakkan semua sumber yang ada,” kata seorang penduduk tempatan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya binatang tu dibunuh..
tunggu komen pencinta harimau masuk backup  |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau ada harimau kenapa bg main kt luar jgkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya dengan kejadian ini, salam takziah kepada keluarga mangsa and semoga bertabah dalam mengharungi ujian ini |
|
|
|
|
|
|
|
tomiko_haza: dah tau ada harimau kenapa bg ... exactly. kalau dah bahaya mcm tu, abang pon baru nyaris selamat je, esok tu terus pindah pi pekan kalau aku. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah kpd keluarga...
awat bg anak main luar? dah ada kes .. soh dok dlm atopon pindah lerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa etis teori evolusi |
|
|
|
|
|
|
| |
|