Melampau! Tindakan biadab segelintir netizen bergurau mengenai harga minyak masak murah sedangkan ia sebenarnya minyak untuk kegunaan upacara sembahyang bagi penganut bukan Islam, mendapat perhatian Firdaus Wong Wai Hung.
Pendakwah bebas itu menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan alat sembahyang penganut agama lain sebagai bahan gurauan. “Barangkali kita mahu bergurau tetapi Islam melarang kita untuk menipu walaupun ketika bergurau. Tertera jelas ‘minyak untuk sembahyang sahaja’ dan saya percaya admin page tersebut tahu membaca dengan baik,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.
Beliau turut memetik Nabi Muhammad bersabda iaitu ‘celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya kerana ingin membuat suatu kaum tertawa, celakalah dia, celakalah dia’. “Prinsip saya tetap sama tanpa mengira siapa pun. Yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah. Kita melihat prinsip bukan melihat siapa yang melakukannya,” tegasnya. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ultra78 replied at 3-7-2022 04:41 AM
Itu gambar recycle.
Ini posting twitter pada 2016. Gambar tu mungkin dari tahun sama atau sebelum ...
salimrock replied at 3-7-2022 04:18 AM
teringat ustas yg cakap tu dia tuhan depa dok makan kari cap babas tu ar ... ustas yg mata dok jegil ...
Hikariful replied at 3-7-2022 04:47 AM
Three things you can't choose when you were born:
1. Parents (ISLAM/HINDU/BUDDHA/CHRISTIAN)
Racurve replied at 3-7-2022 01:57 PM
adakah heshe jadi lgbt itu pilihan yang bijak sis?
Racurve replied at 3-7-2022 06:00 AM
1. non muslim convert to muslim tersenyum sinis
2. dual triple multiple citizenship tersenyum sini ...
salimrock replied at 3-7-2022 12:18 PM
teringat ustas yg cakap tu dia tuhan depa dok makan kari cap babas tu ar ... ustas yg mata dok jegil ...
supernaturalee replied at 3-7-2022 02:18 PM
Jap2 korg
Minyak sembahyang ni diperbuat dpd ape
ultra78 replied at 3-7-2022 02:26 PM
minyak sembahyang tu dari minyak sawit jugak. Katanya dicampur dengan minyak sapi
ADVERTISEMENT