CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Seram! Kamera Berpusing Sendiri Ketika Ruhainies Pegang Batu Nisan

2-7-2022 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5348| Komen: 37

Sudah menjadi kebiasaan, dalam sesebuah pembikinan filem berunsurkan mistik pasti ada cerita seram ketika penggambaran. Begitulah yang terjadi kepada Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal. 


Pemuda berusia 33 tahun ini mengakui berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem arahannya bertajuk Musyrik – Api Neraka Menantimu!

Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama. 



Babak Ruhainies memegang batu nisan di tanah perkuburan


Bertanya mengenai pengalaman paling menakutkan, Arjin berkata, dia pernah mengalami perasaan seram ketika babak Ruhainies memegang batu nisan di tanah perkuburan, jam 3 pagi.

“Batu nisan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini.

“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya.

Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini.


Pengarah, Arjin Uppal

“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya.

Sementara itu, Arjin berkata, pengalaman seram turut dialami salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.

“Ia membabitkan babak Aishah baring di dalam kubur. Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan,” katanya.

Selaku pengarah, Arjin berkata, dia tetap bertenang ketika berdepan kejadian aneh membabitkan Aishah itu.

“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran disambung semula pada keesokan harinya. Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya.



Mengulas mengenai lokasi, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.

“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam. Namun, babak di dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi. 

"Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan dan ketika di situ, saya dapatkan merasakan sesuatu menyentuh belakang leher. Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.


IG Arjin

Arjin berkata, dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir. Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.

Untuk info Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan.


Sumber: Murai


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayray28 2-7-2022 04:05 PM
Asal cite hantu jeee mesti nk disertakan dgn cerita seram di set
Quote irsa 2-7-2022 04:05 PM
Filem ke drama ni?
Quote ezacbee 2-7-2022 04:06 PM
Watak utama... Alahaiii..

Quote SonicSiLandak 2-7-2022 04:18 PM

sketsa..


Quote prizadane 2-7-2022 04:36 PM
Agak agak la amik laki Wawa tu sebagai hero.. bukan crowd puller pun. Kemut tu lagi la. Bakalan lingkup la ni
Quote mojarean_X 2-7-2022 05:16 PM
iols ingat drama utk siaran kt Astro Prima...rupanya pilem. dahlah waktu tayangan saing2 mat kilau...nasib baik i peminat horror movie, maybe i beli kt astro first nanti bila dh kuar
Quote che-cikL 2-7-2022 05:20 PM
irsa replied at 2-7-2022 04:05 PM
Filem ke drama ni?

Masa iols type pertanyaan ni, poster dlm artikel tu ada ke takde?
Quote dudaberhias 2-7-2022 05:53 PM
ye ye je time pegang batu nisan kamera nak berpusing bagai...
waktu engko menggedik di hangkut sana sini tu takde pulak kamera tu nak pusing ke... nak lompat ke nak menari moon walk bagai...

gimik macamni terlampau 1990an dik orang malaysia dah tak terkesan dengan gimik lapuk ni...

blair witch project punya gimik pun tak setahap ni sedihnya tu...

dan satu lagi poster tu macam ahlong tampal2 kat bawah jambatan tu...

hello sekarang ni kat twitter orang ambik comission poster lawa pun hanya rm20 je dikkk.. bebudak sekolah yang buat... takkan la tak mampuuu takat rm20 je untuk poster yang lebih cantik...
Quote Cumikucingku 2-7-2022 06:23 PM
Pelakon yg badannya kena gatal2 tu ntah2 kena ulat bulu... dituduhnya entiti mistik pulakyg buat...
Quote slyfynx 2-7-2022 06:36 PM
Mase pegang jantan xde lak berpusing kamera tu eh?
Quote dudaberhias 2-7-2022 06:38 PM
Cumikucingku replied at 2-7-2022 06:23 PM
Pelakon yg badannya kena gatal2 tu ntah2 kena ulat bulu... dituduhnya entiti mistik pulakyg buat...

khen... dah la shoot celah2 hutan dan atas tanah... dah tu badan nak react macam mana dengan habuk2 tu? takkan nak rasa ala2 mandi dalam hot spring kot...
Quote imransulaiman 2-7-2022 10:09 PM
Masa penggambaran dulu kenapa tak viral kan terus mistik semua tu? Bila dah nak tayang, semua cerita seram di sebalik pembikinan filem pun muncul!

Tapi ye lah kan...bukan duit aku pun dorang guna untuk bikin filem [em:12:]
Quote Adrif 3-7-2022 01:18 AM
rayray28 replied at 2-7-2022 04:05 PM
Asal cite hantu jeee mesti nk disertakan dgn cerita seram di set

style lapuk.. kita iyekan aje lahh  
sok lusa, cerita seram lain, benda sama jugak up. gangguan mistik ketika penggambaran
Quote Perawankota 3-7-2022 01:29 AM
Director nmpk hensem...
Quote jejaka_hensem 3-7-2022 02:48 AM
Kena bila nak buat cite seram mesti dikaitkan dgn kubur,batu nisan sume tu?
Korang tau tak,kawasan perkuburan tu la kawasan yg paling tenang.
Quote princessmiang 3-7-2022 06:24 AM
Sejenjs pembikin filem syok sendiri menghabiskan dana kerajaan skim wajib tayang tu..pas keluar wayanh 3 hari terus dihentikan siaran sbb xde sape nak tgk..

Nasib baik sol x buat gimik bodoh kuda2 tunggangan pun ikut bersilat utk cite MK 
Quote Normabaru 3-7-2022 08:51 AM
attempt munafik 2.0 ke?kohkohkoh…bakalan sendu yachhh!
Quote Normabaru 3-7-2022 08:55 AM
jejaka_hensem replied at 3-7-2022 04:48 AM
Kena bila nak buat cite seram mesti dikaitkan dgn kubur,batu nisan sume tu?
Korang tau tak,kawasan p ...

ntahnya..aman2 je org kay el cici mencekik roti canai 5 keping air teh kurang manis 7cawan sambil tgk bola kt NZ sebelah kuburan jln ampang tu...

disaksikan bbnu bergambar di pintasan saloma xkira waktu pagi petang siang malam xde plak antu bergentayangan..padahal kubur bersepah pehtu sebelah dgn sungai or longkang besar..kohkohkoh..khurafat punya director!



Quote prince_marhaen 3-7-2022 09:12 AM
Lahhhhhhhhhhhhhhh!! Si Kemut ni berlakon drama pun kayu batu keras kejung mulut tak bergerak....inikan pulak filemmmm.... hahahahahahaha...sekali dengan laki wawa paling cringe tuuuu....dua-dua kayu perasan lawa asyik nak kontrol muka jekkk...memang flip floppp lahhhh citer diaa...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050113 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top