Seorang gadis pendek akal apabila dia meminum racun selepas menyangka teman lelakinya membunuh diri selepas mereka bertengkar.
Insiden di Bareilly, Uttar Pradesh itu dipercayai berlaku selepas remaja berusia 17 tahun berkenaan menyangkakan teman lelakinya merajuk selepas pertengkaran mereka. Berdasarkan laporan Time of India, kejadian berlaku gadis terbabit tidak mengendahkan permintaan teman lelakinya berusia 22 tahun untuk membuat panggilan video sebelum tercetus pertengkaran. Teman lelakinya kemudian mengancam terjun di hadapan kereta api.
Selepas cuba membuat 40 kali panggilan, gadis terbabit panik dan tanpa berfikir panjang, dia sanggup meminum racun selepas bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada teman lelakinya itu. Gadis itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu, keluarga gadis itu membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan yang kini melarikan diri. Pegawai polis tempatan, Ravindra Kumar mengesahkan bahawa kertas siasatan dibuka dan pihaknya sedang memburunya. Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan berdepan dakwaan mengikut Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan 306 (bersubahat untuk membunuh diri). Sumber: Harian Metro
|
ezacbee replied at 2-7-2022 03:28 PM
Jumpa di pintu sorga katanya...
ADVERTISEMENT