Susulan menerima laporan seorang penumpang wanita yang mendakwa dihimpit rapat oleh seorang lelaki ketika berada di dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya, Rapid KL kini giat melakukan siasatan berhubung dakwaan itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Rapid KL memaklumkan wanita tersebut yang menaiki tren dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira pada pukul 7 malam, mengadu kurang selesa dengan tindakan seorang lelaki berdiri rapat di belakangnya. Menurut kenyataan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu berhubung kejadian menimpanya.
Sehubungan itu, Rapid KL menyeru kepada pengguna rel dan bas yang berhadapan dengan sebarang situasi cemas atau kurang menyenangkan agar terus menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-78852585. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT